Thursday, 11 July 2013

HANYA MEREKA.

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum,



To all my readers. Salam Ramadhan ya dan Salam Satu Malaysia :)


Yesterday and today, Cheethasha malas nak menaip. Itulah budak zaman sekarang, orang ada blog, dia pun nak ada blog. Tapi nak menaip pung malas. Ceh. So, hari ini kita upload gambar banyak-banyak je lah okeh? Nampak tak betapa pemalasnya Cheethasha. Blueks :P 

But don't worry people, gambar yang akan disiarkan di kaca blog Cheethasha ini bukan cikai-cikai punya wa cakap sama lu bro. Eceh. Cheethasha jumpa gambar ini masa membaca blog kakak-kakak senior yang dah lama berkecimpung dalam bidang blogger ini. Gambar ini sebenarnya berbentuk komik yang mengisahkan tentang jeng jeng dan jeng. Simple but it really touch my heart. Gituuu!! HAHA :P Nak tau pasal apa, mari, ayuh, jom membaca!!


Jadikan Amalan Memnbaca, Budaya Kita.
Iklan jap bahaha ;)



TADAAA!!






















And last but not least,

HANYA MEREKA JANTUNG HATI CHEETHASHA.
"Percayalah Qada' & Qadar Allah. Apa yg kau lakukan terhadap ayah dan ibumu, pasti akan berlaku pada mu juaaaaa kelak :)"

*Betapa skemanya ayat aku u_u 
Baca saja, jangan banyak cakap haha :D

Sekadar peringatan bersama.

Norm. Selamat Berbuka semuaaaaaa.

Love,
Thasha Shoffri


Monday, 8 July 2013

Aimishyu and Ilepyu.

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum!

Say 'Arggghhhhhh lamanya tak mengedate Cheethasha' *wipe tears*. Tiup sikit habuk itu ya takut selesema pula masa membaca blog ini hehe sorrry :D

Sebenarnya Cheethasha dah balik dari UKM tercinta muah muah muah itu nak dekat 2 minggu. Semangat ini sememangnya dah berkobar-kobar nak mengedate blog yang dah lama dibiarkan tidak berpenghuni ini (cite lebih hehe) tapi malangnya masa tidak mengizinkan. So many things happen these few weeks and something more meaningful and awaited by everyone will happen this week.


AND THAT IS RAMADHAN AL-MUBARAKH :)


I miss you. I'm missing you.

Pejam celik pejam celik Ramadhan Al-Mubarakh tiba lagi. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan pengampunan. Marilah kawan-kawanku, kita sama-sama memakmurkannya dengan memperbanyakkan amal ibadat dan murahkanlah hati untuk memberi kepada yang tidak berkemampuan. Kepada yang pernah bergaduh sampai bertumbuk-tumbuk or mungkin pernah berselisih faham sampai tarik-tarik rambut itu, sambunglah ikatan silaturahim yang renggang dan terputus itu pada bulan yang mulia ini. Cewahh, tiba-tiba kematangan ku membuak-buak pula *flips hair*. Ceh :P

TETAPI peringatan buat semua *WARNING sign* bukan bermakna masa bulan Ramadhan je nak mengerjakan kebaikan, dan bulan-bulan lain itu pergi bantai mengerjakan kemaksiatan pula!!! NO bebeh, N.O. Cuma bulan Ramadhan ini special dia lebih sikit sebab penambahan amal kebaikan pada bulan Ramadhan ini sangat menguntungkan. Malah keuntungannya berlipat, bukan setakat berlipat, tapi sampai berkelepet kali ganda melebihi kepatutan.


Bukan itu sahaja (hah ayat karangan penulisan Bahasa Melayu II darjah enam dah keluar dah..), bulan Ramadhan ini juga boleh diibaratkan sebagai medan bursa saham. Yang mana saham yang dijual didalamnya telah dijamin keuntungan yang berganda-ganda. So, teragak-agak lagikah kita untuk melipat gandakan perlaburan kita di dalam bursa saham yang telah di jamin ini? Sedangkan yang menjaminnya adalah Allah S.W.T sendiri.


Dan sesungguhnya Ramadhan itu adalah bulan untuk melatih diri Cheethasha dan juga seluruh umat Islam diseluruh ceruk dunia yang fana ini menjadi lebih cermat di dalam setiap perbuatan mereka. Bulan yang menahan LIDAH dari perkataan yang sia-sia dan merosakkan. Bulan yang memelihara MATA dari pemandangan yang jelek dan menjijikkan. Bulan yang menahan TELINGA dari halwa yang menghayalkan. Dan bulan yang menahan HATI dari niat yang serong. Peliharalah jasmani dan rohani kita. Kerana itu adalah sebaik-baik perlaburan dibulan ini. In Sya Allah.

Renung-renungkan dan Selamat Beramal evelibadi :)

So, dikesempatan ini Cheethasha nak mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat seluruh umat Islam didunia ini dan bersyukurlah sebab kita masih lagi berpeluang unutuk menjalani ibadah puasa kali ini. Berpuasalah seperti Ramdhan ini adalah Ramadhan yang terakhir. Semoga bulan Ramdhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Amin.


Peringatan buat Cheethasha dibingkaikan khas buat semua :)


A simple update from me to you.
Thasha Shoffri.