Wednesday, 25 July 2012

Lelaki Idaman.

Bismillahirrahmanirrahim.

Lelaki memang demand lebih.


Whoever agree about 'Statement Berani Mati' aku ini, please raise your hands up. So, we're in the same boat, give me five sikit hewhew :D Okay, boleh dikatakan kebanyakan lelaki memang demand kan. Dan mereka ini kalau boleh nak bagi tahu satu dunia ciri ciri perempuan yang mereka idam idamkan. Actually, aku tak lah tahu serba serbi pasal lelaki but most of them yang aku kenal di alam realiti mahupun di alam maya semuannya nak gelprenggg yang panasss, yang slim melim, dan of course yang cantik. Demand lah itu kan? Seriously this topic is not suitable for me but, I dont think its a crime if I voice out my opinion. Sebab practically setiap ceruk yang aku buka, mesti ada orang akan post or tweet, 'Perempuan kenalah jadi macam ini, blabla barulah lelaki suka'. Well, I'm twenty man! I'm matured enough to discuss about this. This is so not relative so don't be offended okay. This is my thought. Me gusta :)


MEMBIMBING KE JANNAH

Mana mana muslimah atau wanita mestilah inginkan seorang pasangan hidup yang mampu mendidik dan membimbing mereka ke syurga. Dan mendekati Allah. Kan best kalau orang dok mengata pasal kome laki bini cenggini, 'Laki si Temah dengan Temah tu rajin betul berjemaah ya, kalau balik kampung je, memang rajin betul berjemaah berdua kalau tak ada orang lain'. Barulah bertanggungjawab. Siapa nak jadi bertanggungjawab? Angkat kening ^^

RUPA

Perempuan ini kebanyakannya, tak terlalu demand dalam memilih pasangan hidup sebab as you can see bukan semua perempuan nak lelaki yg hensem macam Brad Pitt. Plus, orang mcm Brad Pitt itu Angelina Jolie dah ambil dulu. Haha. Fyi, selalunya bila perempuan duduk bergosipp-ing about guys, 'Eh lelaki yang jadi hero kedua dalam filem cap ayam itu hensem lah, I suka awh'. Then. topik itu akan  berhenti sampai situ sahaja. Percayalah, perempuan memang suka bergosip tetapi diaorang tak akan bawa gosip itu dalam perjumpaan mereka akan datang. So, jadilah lelaki yang mahu didekati kerana peribadi bukan  sekadar paras rupa yang kacaks je sebab paras rupa ini mampu expired bila dah tarikh luput. Hehe :D

RAJIN

Lelaki yang rajin memang susah nak cari.  But alhamdullilah I've found mine, jangan jealous :P Asal balik kampung, mesti tidur memanjang. Asal tidur memanjang, mesti balik kampung. Haha. 'Eh si Ah Chai itu balik kampung hari itu rajin betul bakar sampah depan rumah. Masa raya itu, dia sorang je yg pakai T shirt pastu pakai seluar baju melayu tengah sibuk potong lemang bagai. Orang lain semua dah siap nk pi beraya'. Kang molek gitu kalau ada orang habak mai cenggitu. Siapa setuju angkat kaki. Haha.

MEMILIH

Lelaki tak selalu sangat dikaitkan dengan memilih makanan. Selalunya perempuan sebab perempuan ini kadang kadang fikir pasal berat badan. Kalau makanan itu kolesterol tinggi, kan naya je? So sebaik baiknya janganlah terlalu memilih wahai lelaki lelaki diluar sana lebih lebih lagi masa balik kampung. Kalau hidang belacan je, mesti satu hari itu sanggup mogok tak nak makan sebab bau dia. Apa kes mcm itu? So, apa yang ada depan mata, sambar je bang oi. Lagipun, mentua tak suka tau kalau menantu nya cerewet. Nanti tak pasal pasal kena reject. Padan muka. 

PEMBERSIH

Hygiene sangatlah penting dalam kehidupan kita. Kuman sekarang, bukan main terror lagi penangan dia. Even kencing tikus pun boleh bawa maut tau. So jauh jauhkan lah sifat pengotor ini tau. Geli tahu? Tapi kalau hygienic sangat pun bermasalah juga. Janganlah sampai 24 jam asyik nak pakai hand sanitizer je. Nanti orang menyampah. Tak pun nanti orang lain kata anda geli terhadap mereka pula. Kan dah salah faham, ye dak? 


PEMURAH

Kalau lelaki ini kedekut, memang gua tak respect lu lah mamat. Sebab kalau bab bab makan bukan main kedekut tahi hidung masin lagi tapi bila bab bab beli ekzos kuasa kuda lah, kuasa siput lah laju pula bang oi. Ini yang nak marah ini. Sabar thasha sabar, puasa puasa :) So wahai lelaki, ketahuilah tak baguih kalau mcm itu perangainya, oghang omputih kata apa 'No good'. Okay, I'm not demanding girl tapi kan bagus kalau orang dok kata, 'Abang si polan itu rajin betul bawa family diorang pi makan sana pi makan sini kalau hujung bulan. Kalau abang aku, hampeh!!'. Can you spot the difference? Hehe aku tak ada abang eh :D Tapi kita sebagai perempuan ini, janganlah ambil kesempatan kalau sifat pasangan kita itu pemurah.

MENGHARGAI

Kadang kadang kita sebagai manusia memang rasa nak dihargai sepanjang masa bukan? So lelaki sangat digalakkan mempunyai perasaan 'menghargai' itu.Tolong take note ya Dato Harimau. Hehe :D Well, kita semua tahu yang lelaki ini hati kering sikit. Sort of, bukan semua. Mereka rasa ucapan perasaan menghargai itu macam biasa je. Tak perlu pun takpe. Salah sama sekali ya. Anda perlu ingat, kitaran hidup anda terdapat kaum Hawa ya. Mereka suka kalau diri mereka dihargai. Sama ada adik, kakak, ibu, nenek, isteri atau gelprengggg. Ucaplah terima kasih atau puji lah sikit walaupun ego anda sedikit tercabar. Kerana ucapan atau pujian mampu membuat mereka tersenyum. 'Amma, terima kasih masakkan kuah dal dengan capati'. Tak kisahlah walaupun lauk dia semasin laut atau sehambar komik Lawak Kampus.

GOOD SENSE

Tak ramai antara kita yang dikurniakan dengan 6ixth Sense. Even kumpulan 6ixth Sense itu pun entah entah tak ada sixth sense, ye dak? So, a guy with a good sense is such a perfect creature. Wucehh ayat aku, pancing like that. Haha :D Good sense di sini bermaksud, memahami kehendak orang lain walaupun tidak diluahkan. Faham ke tak ini? Haha okay cuba fahamkan contoh saya ini. 'Untunglah abang ipar si Thasha itu belikan Astro Beyond dengan TV LED Cap Angsa untuk family dia dekat kampung. Katanya tak syok kalau tak tengok Azwan Ali dalam Masterchef Malaysia secara HD'. Haa, boleh faham? So lelaki yang dalam kategori mcm ini memang gua respect habis. Bukan kata respect, specs gua pun gua sanggup gadai ;)


Love,
Thasha Shoffri.

Tuesday, 24 July 2012

My own twelve commandments.

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum,

To all my readers. Salam Ramadhan ya :)


These are the rules that I live by: 

1. Be the best Allah's slave I can be. InsyaAllah.
2. Focus on today, rather than worrying about tomorrow.
3. Try new things.
4. Stop being so scared.
5. Grow up and get out of that college drama.
6. Smile and laugh on a daily basis.
7. Love as if it will die instantly.
8. Stop being so much of a hypocrite.
9. Don’t lose sight of my priorities.
10. Maintain long lasting friendships.
11. Stop caring about what other people think of you. 
12. Have fun. Enjoy life. Live it up. 

Love,
Thasha Shoffri.

Monday, 23 July 2012

Make Up. Isu atau bukan isu?

Bismillahirrahmanirrahim pembuka bicara. Nanti tersedak pula baca post ini kalau tak baca Bismillah kan? :)


So topik hari ini adalah? Okay, make up sangat sangat lah sinonim untuk perempuan macam aku. Tapi pelik sangat kah kalau perempuan macam aku tak pandai make up? Well, untuk pengetahuan anda anda semua di luar sana perempuan macam aku hanya tahu menggunakan lip balm dan eye liner itupun tatkala rajin menyerbu diri. Haha. Even bedak compact pun aku jarang guna sebab perempuan macam aku masih menggunakan bedak baby johnson, almaklumlah nak kulit lembut macam baby. Ahaha gewdikkk gila :P


Can you see eye liner yang aku aplikasi tu? Fyi, that's not my handmade :D

Readers sekalian, jangan salah sangka ya. Perempuan macam aku ini of course lah tahu apa itu eyeshadow, blusher, lipstick and? Hm itu je kot yang aku tahu sebab yang lain semua nama macam pelik pelik je. Hewhew :D And perempuan macam aku ini, jangankan bahan make up, krim muka pun aku tak pernah pakai. Sekadar guna pencuci muka dan again tatkala rajin menyerbu diri aku tepek sikit bedak sejuk atau masker.

I do believe the power of make-up. Hello, aku tahu jugak perkembangan semasa di mana ada yang hanya menggunakan make-up mata dah jadi besar, macam Shin Chan buat muka kesian. Dengan hanya menggunakan serbuk warna warni itu dah jadikan tulang pipi korang semua tersembul gaya nak minta kena cubit. And with make up, everyone will see korang dengan ayat "atototo,, omey ngat ngat".

just like this!
macam pwincess gituu :D

Everywhere we go mesti kita nampak para wanita mengenakan make up dekat muka meka. Ada perempuan yang make up lebih-lebih had sampai merah pipi macam kena tampaq, lipstick dicalit sampai bibir nampak tebal macam Angelina Jolie gituuu . . Mungkin mereka ini merasakan lebih yakin bila berkeadaan seperti itu. Dan ada juga perempuan yang biasa biasa je macam aku ecehhh sekadar tempek tempek bedak baby johnson, calit calit lip balm pun gitu-gitu je bukanlah seorang yang selekah. Cuma dia bersederhana sahaja. Sebab setiap perempuan mesti ada cara berhias yang tersendiri dan setiap pandangan mata orang pun berlainan :)


But for me, make-up is an optional. Aku mungkin tak ber'make up' sebab aku tak pandai dan aku tak ada pun segala benda warna warni macam pelangi itu. Mungkin juga sebab aku tak suka make up yang nampak heavy. So, bila ada yang nak make upkan muka aku, aku dah siap bagi warning nak light light je. Which mean, aku rasa kalau nak light light baik tak payah make up terus. Dan, bila make up aku jadi tak selesa dan lagi kurang confident diri nak keluar rumah. Haha. And the most important reasons is kebanyakan orang disekeliling aku including my mother bukan jenis yang suka make up. So mak borek, anak rintik :)

see, tak perlu pakai make up heavy heavy pun my mother still the beautiful
women in my life. I love you mother <3

Tahu lah bahawa, kecantikan mu bukan terletak pada alat mekap sahaja! Biarlah natural yang tersergam indah di muka mu itu tidak dinodai oleh sebarang alat make up. Till then, adios! :)

Love,
Thasha Shoffri.