Thursday, 2 August 2012

Paling Cantik.

Bismillahirrahmanirrahim. 


The topic seems catchy right? Haha iolls saja je buat topic gempak sikit baru ada orang nak skodeng blog iolls yang tak seberapa ini :D 


*Tergedik kejap. Lempang laju laju.

Siapa yang patut kita sayang? Yeah, thats what I'm gonna blog today. But jangan salah pahe ya, its not about my love story okay. Luku satgi. Hehe :D



Once upon a time . . . Can happen anytime, seorang pelajar bertanya kepada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Perbualan di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi cenggini, ehemm (testing one two three) . . .

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang PALING kita sayang? And macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh canggih soalan awak itu, very impressive!! Btw awak nak tahu ke? Emmm baiklah, sekarang kamu ikut dan buat apa je yang saya suruh ya. Mungkin kamu akan dapat jawapannya nanti.

Pelajar : Baiklah, apa yang harus saya buat cikgu?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah sekarang juga. Sepanjang kamu berjalan di situ, perhatikan rumput disekeliling kamu and at the same time pilih rumput yang PALINGGGG cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput pilihan hati kamu itu dan bawa balik ke kelas :)

Pelajar : Okay. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. I'll be back :D

Malangnya, apabila pelajar tersebut kembali semula ke kelas, tidak ada  rumput pun yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik tadi?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang PALING cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang PALING cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sesampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang PALING cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana apa yang berlaku sudah pun berlalu. Dan semoga yang berlaku tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa PALING cantik dan PALING baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALI lah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan setulus dan seikhlas hati.

Cerita ini adalah peringatan buat aku dan dibingkaikan khas buat anda semua. Sayangi dan hargailah orang yang berada disekeliling kita especially our parents and friends dan tak lupa juga kepada mereka yang ada boypreng or gelpreng. Semoga hubungan yang dibina berkekalan sehingga Jannah :)

Love,
Thasha Shoffri.

No comments: