Sunday, 21 October 2012

I'm at UKM & This Is A Bliss.

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum. guys :)

Sebak, sedih, sayu, layu, kayu, mayu, ehh? Okay, merepek. Today I'm not going to blabbering about something useless. Today's post is more about my situation.

Terlalu banyak benda yang Cheethasha kena uruskan. Sometimes, somehow I need to get it done as soon as possible because time isn't going to wait for me.Case by case & day by day. Makin sibuk since sampai dekat UKM and its been more than a month, which is after this Cheethasha ada mid term. DAFFUUUUU :( Maka, kononnya Cheethasha akan lebih gelojoh dalam mengulangkaji. 
To mama, jangan risau ye :) InsyaAllah I'll be fine here.

Sikit je kot update this time. Nanti Cheethasha sambung with  more humor & interesting parts :D 

Tuesday, 2 October 2012

Cinta Itu Misteri.

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)


 Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorang yang tak membalas cinta mu, 
janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang 
kerana cinta tak memilih untuk singgah dihati seseorang.

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tak kamu cintai, 
anggaplah ia satu penghormatan buat diri mu.
Tapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.
Jangan cuba mengambil kesempatan dan janganlah melukakan.

Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah jua kamu mengurusi diri mu.
Setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa 
sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita,
dan tiba-tiba cinta memilih utk pergi. Tiada siapa yg harus di persalahkan. 
Relakanlah cinta itu pergi, kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi.
 Kita akan menyedari apabila masa silih berganti.

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. 
Kerana cinta sendiri akan memilih untuk singgah dihati siapa.
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri 
didalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hati mu.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup mu bahagia.

Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri.
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah dihati mu..
Bersyukurlah kerana kamu masih boleh merasai apa itu cinta.

Love,
Thasha Shoffri.

Monday, 1 October 2012

Akibat.

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)

Heyyo, Cheethasha is back, back, back and BACK. 

Alhamdullilah, Cheethasha masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk meng-update blog yang tak seberapa nak comel ini. Haha motif sangat statement. Kekok rasanya bila dah lama tak meng-update blog ini. Blog pong dah berhabuk dan bersawang lama dah. Kalau di tiup-tiup sawang ini, mahu berkilo-kilo dapat hehe. Niat di hati memang nak meng-update blog ini. Tapi apakan daya, start dari bulan Ramadhan hari itu, saya sibuk dengan pelbagai aktiviti. Online pong melalui henpong cap ayam je. Makanya, tak syiok lah kalau nak meng-update pakai henpong cap ayam. Hewhew :D

Dah banyak kali dah ini tekan tekan huruf dekat keyboard lepas itu tekan space bar. Nak selesaikan satu ayat sahaja dah banyak kali tekan space bar itu. Mahu tenggelam Cheethasha kerjakan keyboard lappie Dato' Harimau ini kang haha. Inilah akibatnya bila dah terlalu lama tak meng-update blog. Skill blogging pun dah menumpul. Perlu diasah semula. Nak 'batu asah' satu!

Sebenarnya terlalu banyak cerita yang nak diceritakan, tapi dalam draft itu yang ada hanya tajuk dan beberapa patah perkataan sahaja. Ada permulaan tapi tiada penghujungnya. Sejak bila semua ini terjadi pun Cheethasha tak pasti. Mungkin kerana kerjaya Cheethasha sebagai seorang pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia yang terlalu busy tidak mengizinkan Cheethasha untuk terus bergiat aktif dalam dunia blogger ini. Eceh ayat aku pancing like that haha. Sejak sambung belajar, hari-hari Chethasha busy dengan assignment. Inilah lumrah sebagai seorang pelajar, memang kena work hard. But, no worries. Allah is always with us if you close to Him.

Aksi mem-BAJET-comel depan kamera. Peace ^^

P/s : Entri ini entri warm-up setelah sekian lama tak meng-update. Cheethasha akan merajinkan diri untuk update entri yang lebih berinformasi kelak. InsyaALLAH :)


Love,
Thasha Shoffri.