Tuesday, 2 October 2012

Cinta Itu Misteri.

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)


 Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorang yang tak membalas cinta mu, 
janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang 
kerana cinta tak memilih untuk singgah dihati seseorang.

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tak kamu cintai, 
anggaplah ia satu penghormatan buat diri mu.
Tapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.
Jangan cuba mengambil kesempatan dan janganlah melukakan.

Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah jua kamu mengurusi diri mu.
Setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa 
sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita,
dan tiba-tiba cinta memilih utk pergi. Tiada siapa yg harus di persalahkan. 
Relakanlah cinta itu pergi, kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi.
 Kita akan menyedari apabila masa silih berganti.

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. 
Kerana cinta sendiri akan memilih untuk singgah dihati siapa.
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri 
didalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hati mu.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup mu bahagia.

Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri.
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah dihati mu..
Bersyukurlah kerana kamu masih boleh merasai apa itu cinta.

Love,
Thasha Shoffri.

No comments: