Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.
Pengalaman mematangkan kita. Ya, satu kenyataan. Hari ini Cheethasha akan bersikap lebih serius dan menulis sebuah post yang melambangkan aku merupakan bakal Mahasiswi. Aku sedar kekhilafan (pinjam ayat roomies) aku selama ini. Betapa aku jauh dari Allah selama ini. Masha Allah. Apa sudah jadi dengan solatku? Solat yang wajib, dilakukan kerana wajib. Jika Allah tidak menetapkan ia wajib? Subhanallah. Aku sedar kenapa doa doaku tidak subur. Ada sebabnya kenapa Allah jadikan aku sebagai seorang yang sering menangis tatkala menghadapi saat saat getir. Kerana Allah rindu ingin mendengar rintihanku. Subhanallah. Betapa sayangnya Allah pada aku. Pada kita semua.
Allah tidak pernah silap dalam menentukan nasib hambanya. Maka janganlah di antara kita yang berasa sedih atau duka apabila sesuatu itu tidak berjalan dengan sempurna. Yakinlah, Allah Maha Mengetahui dan segalanya terjadi kerana ada sebab sebab tersendiri. Haha. Pasti ada antara mereka yg membaca post ini tergelak dan bersoalkan dalam hati, 'Cheethasha ke yang tulis ini?'. Aku selalu membaca blog kakak kakak yang menyambung pelajaran ke Mesir. Mereka mengaku, pemergian mereka ke Mesir merupakan satu penghijrahan yang besar. Suasana di Mesir, sangat berbeza. Mesir, tutup aurat merupakan satu kewajipan. Di Malaysia, menayangkan rambut adalah satu lumrah dan mereka tidak merasa pelik pun. Malah bangga.
Aku tahu dan sedar satu hakikat yang seorang wanita itu lebih cantik jika berhijab. Wahai Hawa, ketahuilah kau dan aku lebih cantik dalam hijab. Niqab itu lebih sempurna. Berniqab akan membuat anda rasa dihormati sebenarnya. Sejujurnya, aku masih belum bersedia sepenuhnya untuk berhijab tapi Alhamdulillah semakin hari aku semakin dekat dengan hijab. Sekarang pun, ramai rakan rakan disekeliling aku sudah mula berhijab dan memadam semua gambar mereka yang tidak berhijab. Alhamdullilah. Kan Allah dah tentukan. Lakukanlah ia walaupun terpaksa. Kerana lama kelamaan anda akan mula rasa bahagia. Aku harap kawan kawan semua dapat mendoakan yang terbaik untuk aku. InsyaAllah, one day I will be a hijabers. Amin :)
Rezeki adalah sesuatu yang Allah tentukan untuk kita semua. Ada antara kawan aku yg mendapat keputusan terbaik masa SPM dan hanya mendapat tempat di universiti yang menawarkan kursus Diploma sahaja. Aku, mengharapkan Asasi, namun jauh ketinggalan. Hanya mendapat tawaran Matrikulasi di Melaka sahaja, itupun panggilan kedua. Dengan keputusan yang teruk dalam SPM, selepas itu Matrikulasi, sekali lagi semua angan angan aku menjadi debu. Terbang.
Bila mendapat khabar, aku mendapat tawaran ulangan di Kolej Matrikulasi Selangor (SEMAC), aku terima saja tanpa fikir apa apa. I was like? Me repeat? Boleh ke aku? Layakkah aku? Or I will repeat the same mistake again and again? Tapi, bila fikir balik ini yang parents aku nak, aku ikutkan saja. Ya, melihat kepada keputusan Matrikulasi aku sebelum ini, aku tidak layak memohon mana mana universiti pun untuk menyambung degree aku. Saat itu, aku rasa aku ini sangatlah teruk dan tidak layak. Komen orang bila dengar, nahh, manusia memang suka berkata.
Aku tidak kuat, menangis memang kewajipan. Aku dah banyak kali SANGAT menghampakan orang sekeliling aku. Terutamanya parents aku. Teruk sangatkah aku? Am I that bad? Mula mula masuk SEMAC, aku tak ada kawan. Everytime lepas class, aku selalu menangis tapi kena tunjuk kuat. Bila on the phone dengan mother, komen OKAY saja memanjang. Aku kena kuat untuk parents aku especially mother. Kalau mother tengok aku tak kuat mesti dia susah hati. So, i make a decision that
"I WONT LET THE FAILURE FAIL ME AGAIN!"
Akhirnya, Allah bagi aku jalan penyelesaian. Aku jumpa segerombolan adik adik yang memahami aku. Sangat memahami. Mereka sangat berharga. Tak pernah menghampakan aku. Mudah-mudahan Allah terus memurahkan rezeki mereka dan mempermudahkan segala urusan mereka. Amin :)
MY SM3K2P2. YOU GUYS ARE BUNCH OF CRAZY PEOPLE WHO MAKE ME
BEING ME WHEN YOU GUYS ARE AROUND. I LOVE YOU.
(yuckkks im being so emo hahaha but i love u guys)
MY O.N.E. My one and only o.n.e. I miss you badly, cant wait to see you this weekends :)
Meet MY MAIZA. The coolest maiza I ever had. She's the one who can stand with my crying, my gossiping, and my crazyness. I miss you so much dear :(
The roomies <3
Di Universiti Kebangsaan Malayisa ini, aku dipertemukan sekali lagi dengan kawan kawan yang sangat berharga. Especially my roomies. She tought me a lot especially about agama. Everytime lepas solat maghrib berjemaah, kami akan bertazkirah dan muhasabah diri bersama-sama. She means a lot to me. Terima kasih Allah kerana Kau mengurniakan aku sahabat sahabat yang terbaik dan sangat bermakna dalam hidup aku.
Meet my Mufidah RJ a.k.a my roomies. Friends till Jannah :)
Kepada sesiapa yang merindu. Haha ada aku kisah :P
Jadi scientist bukan untuk nama. Untuk berkhidmat. Untuk mengaplikasikan ilmu yang telah aku belajar, In sha Allah. Kalau segalanya berjalan dengan lancar, alhamdulillah. Kalau sebaliknya, Allah ada rancangan yg lebih baik untukku :D
Love,
Thasha Shoffri.
2 comments:
Alhamdulillah..manusia, harus ade perubahan dlm hidup..jdkn hri ini lebih baik dr hri semalam.. i always pray the best 4 u sis.. i'm here 4 u <3
awh awh im so lucky to have you little sister :) thanks for everything, you're ohsemmmm!!
Post a Comment