Thursday, 20 December 2012

Sharing IS Caring.


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.


Pengalaman mematangkan kita. Ya, satu kenyataan. Hari ini Cheethasha akan bersikap lebih serius dan menulis sebuah post yang melambangkan aku merupakan bakal Mahasiswi. Aku sedar kekhilafan (pinjam ayat roomies) aku selama ini. Betapa aku jauh dari Allah selama ini. Masha Allah. Apa sudah jadi dengan solatku? Solat yang wajib, dilakukan kerana wajib. Jika Allah tidak menetapkan ia wajib? Subhanallah. Aku sedar kenapa doa doaku tidak subur. Ada sebabnya kenapa Allah jadikan aku sebagai seorang yang sering menangis tatkala menghadapi saat saat getir. Kerana Allah rindu ingin mendengar rintihanku. Subhanallah. Betapa sayangnya Allah pada aku. Pada kita semua.




Allah tidak pernah silap dalam menentukan nasib hambanya. Maka janganlah di antara kita yang berasa sedih atau duka apabila sesuatu itu tidak berjalan dengan sempurna. Yakinlah, Allah Maha Mengetahui dan segalanya terjadi kerana ada sebab sebab tersendiri. Haha. Pasti ada antara mereka yg membaca post ini tergelak dan bersoalkan dalam hati, 'Cheethasha ke yang tulis ini?'. Aku selalu membaca blog kakak kakak yang menyambung pelajaran ke Mesir. Mereka mengaku, pemergian mereka ke Mesir merupakan satu penghijrahan yang besar. Suasana di Mesir, sangat berbeza. Mesir, tutup aurat merupakan satu kewajipan. Di Malaysia, menayangkan rambut adalah satu lumrah dan mereka tidak merasa pelik pun. Malah bangga.




Aku tahu dan sedar satu hakikat yang seorang wanita itu lebih cantik jika berhijab. Wahai Hawa, ketahuilah kau dan aku lebih cantik dalam hijab. Niqab itu lebih sempurna. Berniqab akan membuat anda rasa dihormati sebenarnya. Sejujurnya, aku masih belum bersedia sepenuhnya untuk berhijab tapi Alhamdulillah semakin hari aku semakin dekat dengan hijab. Sekarang pun, ramai rakan rakan disekeliling aku sudah mula berhijab dan memadam semua gambar mereka yang tidak berhijab. Alhamdullilah. Kan Allah dah tentukan. Lakukanlah ia walaupun terpaksa. Kerana lama kelamaan anda akan mula rasa bahagia. Aku harap kawan kawan semua dapat mendoakan yang terbaik untuk aku. InsyaAllah, one day I will be a hijabers. Amin :)




Rezeki adalah sesuatu yang Allah tentukan untuk kita semua. Ada antara kawan aku yg mendapat keputusan terbaik masa SPM dan hanya mendapat tempat di universiti yang menawarkan kursus Diploma sahaja. Aku, mengharapkan Asasi, namun jauh ketinggalan. Hanya mendapat tawaran Matrikulasi di Melaka sahaja, itupun panggilan kedua. Dengan keputusan yang teruk dalam SPM, selepas itu Matrikulasi, sekali lagi semua angan angan aku menjadi debu. Terbang.




Bila mendapat khabar, aku mendapat tawaran ulangan di Kolej Matrikulasi Selangor (SEMAC), aku terima saja tanpa fikir apa apa. I was like? Me repeat? Boleh ke aku? Layakkah aku? Or I will repeat the same mistake again and again? Tapi, bila fikir balik ini yang parents aku nak, aku ikutkan saja. Ya, melihat kepada keputusan Matrikulasi aku sebelum ini, aku tidak layak memohon mana mana universiti pun untuk menyambung degree aku. Saat itu, aku rasa aku ini sangatlah teruk dan tidak layak. Komen orang bila dengar, nahh, manusia memang suka berkata.




Aku tidak kuat, menangis memang kewajipan. Aku dah banyak kali SANGAT menghampakan orang sekeliling aku. Terutamanya parents aku. Teruk sangatkah aku? Am I that bad? Mula mula masuk SEMAC, aku tak ada kawan. Everytime lepas class, aku selalu menangis tapi kena tunjuk kuat. Bila on the phone dengan mother, komen OKAY saja memanjang. Aku kena kuat untuk parents aku especially mother. Kalau mother tengok aku tak kuat mesti dia susah hati. So, i make a decision that 




"I WONT LET THE FAILURE FAIL ME AGAIN!"




Akhirnya, Allah bagi aku jalan penyelesaian. Aku jumpa segerombolan adik adik yang memahami aku. Sangat memahami. Mereka sangat berharga. Tak pernah menghampakan aku. Mudah-mudahan Allah terus memurahkan rezeki mereka dan mempermudahkan segala urusan mereka. Amin :) 






MY SM3K2P2. YOU GUYS ARE BUNCH OF CRAZY PEOPLE WHO MAKE ME 

BEING ME WHEN YOU GUYS ARE AROUND. I LOVE YOU.

(yuckkks im being so emo hahaha but i love u guys)



MY O.N.E. My one and only o.n.e. I miss you badly, cant wait to see you this weekends :)



Meet MY MAIZA. The coolest maiza I ever had. She's the one who can stand with my crying, my gossiping, and my crazyness. I miss you so much dear :(




The roomies <3


Di Universiti Kebangsaan Malayisa ini, aku dipertemukan sekali lagi dengan kawan kawan yang sangat berharga. Especially my roomies. She tought me a lot especially about agama. Everytime lepas solat maghrib berjemaah, kami akan bertazkirah dan muhasabah diri bersama-sama. She means a lot to me. Terima kasih Allah kerana Kau mengurniakan aku sahabat sahabat yang terbaik dan sangat bermakna dalam hidup aku.

Meet my Mufidah RJ a.k.a my roomies. Friends till Jannah :)

Kepada sesiapa yang merindu. Haha ada aku kisah :P

Jadi scientist bukan untuk nama. Untuk berkhidmat. Untuk mengaplikasikan ilmu yang telah aku belajar, In sha Allah. Kalau segalanya berjalan dengan lancar, alhamdulillah. Kalau sebaliknya, Allah ada rancangan yg lebih baik untukku :D



Love,
Thasha Shoffri.

Tuesday, 18 December 2012

Hidup Ini.

                                              Bismillahirrahmanirrahim


Renungan dari seorang TEMAN kepada diriku .



Hidup ini ibarat tangga yang berliku-liku .
Tangga itu penuh dengan duri . Jadi , kita kena pandai memijak ditempat yang tak ada duri.
Tanggai tu juga ada longkang yang boleh buat kita tersadung.
Tangga itu juga ada cecair yang boleh buat kita jatuh ke bawah.
Dugaan nak memanjat semula tangga itu sangat lahh perit.
Kita boleh terpengaruh dengan hasutan disekeliling kita ketika menaiki tangga.
Jadi , kita perlukan 'guide'.
Guide itu Al-Quran.
Guide itu juga malaikat yang selalu berada di bahu kiri dan kanan kita.
Dan, Allah yang Maha Esa itu juga lahh Maha Pelindung yang selalu melindungi kita .
Walau di mana kita berada (:



Love,
Thasha Shoffri.

Sunday, 16 December 2012

MY Girls.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hello, I'm Thasha Shoffri and I'm a girl! Okay thats so syok sendiri punya statement. LOLOL. But, I think this time would be perfect enough for me to blogging. Holla! So today let me speak about MY GIRLS! I bet semua orang ada best friends and fyi, there are two types of best friends..

Number 1 :
The best friend who you’re real close to. You see them at least twice a week, maybe more. You talk a lot and catch up on everything. 

Number 2 :
The best friend you don’t talk to as often, but deep down, you’ll always know that they’re your best friend. They understand you, although they barely see you.

My life is blessed with awesome people around me :) From the first day I met them until now, they never care who I am and they treat me nicely. Friends are so hard to find and yet it’s more important than anything in this world. Friends should be the second placing after family. They're our priority too. And seriously I'm proud of them because they're honest and they always with me whenever I need them. And I think, they're irreplaceable. I'm saying this seriously, no doubt. Since I was in primary school, until I'm 20, I always surrounded by awesome people. To those who knows me but I didn't recognize you, I'm really sorry because my memory is not that good and I don't really care actually :) Sorry yeah?



MY LALA. we live in our own LALA LAND. they make me go LALA when everytime and everywhere I'm with them. How I wish i can trun back the time -_-

Talking about friends, surely I had a bad term with them sometimes. Sometimes? Frequent maybe. Haha. You're being dishonest if you said that you never fought with your friends. Why we fought with them? Because of misunderstanding. Why there's two different prospective? Because both sides want to win and they want the other side to believe. I'm not that good about psychology and I'm not a mind reader but sometimes I can read people and I can describe who is honest to be my friend and who is not. I've never regret to have them as my friends. Instead, I'm proud to have them as my soul mate. They give me the spirit of glory when I need it. 

MY 'Aisyah Mohammad. She turns to be my lovey dovey girlfriends.  She laugh when I laugh and I cry when she cry. She sticks with me through thick and thin no matter what happen :)
MY Nazirah Nordin. She turns to be my one and only favourite enemy. We always quarrel, argue and fighting to stand the thread straight. She knows all about me and yet she still like me :)
MY Syeera Lara. She turns to my sweettest dating mate. We love love love..... to shopping, gossiping, laughing out loud and watching movie together-gether. She really makes my world :)





They teach me how to survive and they teach me the meaning of life and friendship. They never feel bored. They helped me when I asked for it. Doesn't matter how hard it is, they still help me with a smile on their face. Undeniable, they're the most precious thing in my life after my family, Allah, Quran and the Prophet :) 






Dear Allah, grant them a huge success in the world and hereafter. Ease their life, dear Allah :) Because I love them dear Allah. If God's will, I'll help them as much as I can. Thank you for accepting me and you guys are the spices in my life. They are what keeps me going. The encourage me to do things I need to do. Influence me to become stronger and learn from my mistakes. I love them all <3 



Appreciate your friends. They’ve given you those memories and years for a reason. 
You mean something to them. My girls means a whole lot to me. <333

Love,
Thasha Shoffri.

Sunday, 21 October 2012

I'm at UKM & This Is A Bliss.

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum. guys :)

Sebak, sedih, sayu, layu, kayu, mayu, ehh? Okay, merepek. Today I'm not going to blabbering about something useless. Today's post is more about my situation.

Terlalu banyak benda yang Cheethasha kena uruskan. Sometimes, somehow I need to get it done as soon as possible because time isn't going to wait for me.Case by case & day by day. Makin sibuk since sampai dekat UKM and its been more than a month, which is after this Cheethasha ada mid term. DAFFUUUUU :( Maka, kononnya Cheethasha akan lebih gelojoh dalam mengulangkaji. 
To mama, jangan risau ye :) InsyaAllah I'll be fine here.

Sikit je kot update this time. Nanti Cheethasha sambung with  more humor & interesting parts :D 

Tuesday, 2 October 2012

Cinta Itu Misteri.

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)


 Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorang yang tak membalas cinta mu, 
janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang 
kerana cinta tak memilih untuk singgah dihati seseorang.

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tak kamu cintai, 
anggaplah ia satu penghormatan buat diri mu.
Tapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.
Jangan cuba mengambil kesempatan dan janganlah melukakan.

Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah jua kamu mengurusi diri mu.
Setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa 
sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita,
dan tiba-tiba cinta memilih utk pergi. Tiada siapa yg harus di persalahkan. 
Relakanlah cinta itu pergi, kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi.
 Kita akan menyedari apabila masa silih berganti.

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. 
Kerana cinta sendiri akan memilih untuk singgah dihati siapa.
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri 
didalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hati mu.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup mu bahagia.

Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri.
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah dihati mu..
Bersyukurlah kerana kamu masih boleh merasai apa itu cinta.

Love,
Thasha Shoffri.

Monday, 1 October 2012

Akibat.

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)

Heyyo, Cheethasha is back, back, back and BACK. 

Alhamdullilah, Cheethasha masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk meng-update blog yang tak seberapa nak comel ini. Haha motif sangat statement. Kekok rasanya bila dah lama tak meng-update blog ini. Blog pong dah berhabuk dan bersawang lama dah. Kalau di tiup-tiup sawang ini, mahu berkilo-kilo dapat hehe. Niat di hati memang nak meng-update blog ini. Tapi apakan daya, start dari bulan Ramadhan hari itu, saya sibuk dengan pelbagai aktiviti. Online pong melalui henpong cap ayam je. Makanya, tak syiok lah kalau nak meng-update pakai henpong cap ayam. Hewhew :D

Dah banyak kali dah ini tekan tekan huruf dekat keyboard lepas itu tekan space bar. Nak selesaikan satu ayat sahaja dah banyak kali tekan space bar itu. Mahu tenggelam Cheethasha kerjakan keyboard lappie Dato' Harimau ini kang haha. Inilah akibatnya bila dah terlalu lama tak meng-update blog. Skill blogging pun dah menumpul. Perlu diasah semula. Nak 'batu asah' satu!

Sebenarnya terlalu banyak cerita yang nak diceritakan, tapi dalam draft itu yang ada hanya tajuk dan beberapa patah perkataan sahaja. Ada permulaan tapi tiada penghujungnya. Sejak bila semua ini terjadi pun Cheethasha tak pasti. Mungkin kerana kerjaya Cheethasha sebagai seorang pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia yang terlalu busy tidak mengizinkan Cheethasha untuk terus bergiat aktif dalam dunia blogger ini. Eceh ayat aku pancing like that haha. Sejak sambung belajar, hari-hari Chethasha busy dengan assignment. Inilah lumrah sebagai seorang pelajar, memang kena work hard. But, no worries. Allah is always with us if you close to Him.

Aksi mem-BAJET-comel depan kamera. Peace ^^

P/s : Entri ini entri warm-up setelah sekian lama tak meng-update. Cheethasha akan merajinkan diri untuk update entri yang lebih berinformasi kelak. InsyaALLAH :)


Love,
Thasha Shoffri.

Thursday, 9 August 2012

Futura.

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, Allah masih bagi udara kesempatan untuk Cheethasha bernafas :) And same goes to awok awok semua. Wink wink. 

Okay readers, today I would like to talk about future :) My futura is still in samar samar. But I realised something yang dalam hidup ini kan, kita kena buat apa yg kita suka. Tak semestinya orang lain dok sibuk buat medic, kita pun kena buat medic kan? Then bila dah rasa susah, mulalah drop and kena buang. Medic is only stereotype. Stereotype masyarakat memang susah nak buang. Norm. Okay, for those yang tak tahu apa itu stereotype, meh sini Cheethasha terangkan.

Stereotype ini ialah perspektif sesebuah masyarakat. Contohnya, cuba kalau kita cakap seseorang itu cantik, kenapa kita cakap dia cantik? Sebab dia putih. Haa, putih itu lah stereotype masyarakat. Faham dah?

Then, another stereotype is perempuan tak boleh jadi Pilot, Engineer, Polis and so on blablabla. Pokoknya, semua kerja lelaki, perempuan tak boleh buat? Apa masalahnya? Boleh je kot. Perempuan bukannya lemah dah zaman sekarang and memang dari dulu pun perempuan memang tak lemah. Its just a stereotype masyarakat. Because perempuan pun tahu berdikari macam orang lelaki. Buktinya, ramai perempuan lebih berjaya daripada lelaki. Opssy sorry but its a fact :) Sebabnya, perempuan zaman sekarang dah boleh berfikir. Kalau nanti bila kena tinggal dengan suami, apa nak buat? Siapa nak kerja? Siapa nak bagi makan anak anak? Kena fikir semua itu. Life is fair enough if you know how to deal with it. So, dalam hidup ini kita kena buat apa yang kita suka. Baru best! Baru syiokkk. For example, ada orang cakap yang Akademi Laut Malaysia tak ada life lepas grad. Sedangkan ada je life dekat atas kapal itu. Hellooo, gaji pun masyuk oh.

There's a will, there's a way.

Cheethasha pun sekarang tengah sedih sebab banyak benda Cheethasha miss :( 
But its okay, Allah Maha Adil kan kan? 
Yang penting starting september ini, I'll do it my best and for another upcoming 3 years for my degree in UKM, Bangi.
InsyaAllah, Amin. Pray for me or in Malay, 
"Ingat daku dalam doa mu". Eceyhh :D

Love,
Thasha Shoffri.

Wednesday, 8 August 2012

A little something about me.

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)


Well, people oftenly said that a girl must comes with two things :
Beauty and Confident.

Well, I don't have both. So, am I a boy? Haha :D 
Okay, its not funny at all. Smash my face.



Name given, Thasha Shoffri. I'm fat and short. Well, I’m too short actually and thats why some people call me “fun-sized" or "thashort".

I’m pretty much always cold. I have a lot of issues, but I do my best not to bring them upon you.

I’m hard- headed but I like to handle things on my own and do things for myself. I only run to you, when I really need to.

I don’t have pretty hair. I make really dumb not funny jokes. I do stupid stuff, that will make you laugh even if what I say isn’t that funny.

I sing, terribly. I’m always hungry. I have a really annoying voice. I can’t be cute but I’m understanding and a decent person.

I’m not pretty like models in a magazine, but I’m real. I do stupid stuff, like trip over things that aren’t even there, but somehow I always laugh about it. Like an idiot, maybe you’ll laugh with me.

I wear glasses because I need them to stay alive and they make me feel smart, I look like a librarian with them. I crave a lot of sweet stuff, for example..something sweet like you.

Love,
Thasha Shoffri.

Saturday, 4 August 2012

Something New.

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :D

Kalau semalam Cheethasha moo moo moody macam lembu, hari  ini Cheethasha hap hap happy macam katak. Hewhew. Nak tahu kenapa? Meh sini Cheethasha bagitahu meh, sebabnya jap lagi Cheethasha nak pergi bercuti. Jangan jealous. Haha Port dickson je pong. Btw sebelum terlupa, almaklumlah dah tua tua ini, Cheethasha nak ucapkan terima kasih kepada adik manis maiza safirah yang sudi bagi pinjam bahu semalam. I love you so much little sister. *hugs and kisses* (;

Actually Cheethasha ada benda nak share dengan awok awok semua ini. Recently, Cheethasha ada terbaca satu blog ini, dia kata 'Kongsilah seberapa banyak ilmu yg kamu ada, asalkan untuk kebaikan orang lain'. So hari ini moh lah kita kongsikan bersama ya :D

Maybe ramai yang dekat luar sana dah tahu pasal benda ini but its okay, Cheethasha just want to share ke-excited-tannya bersama awok awok semua. Norm lah kan bagi orang yang baru discover new things, excited-nya bukan maenn lagi :D

Cheethasha mengaku Cheethasha ini idoklah pandai agama sangat or you can say kind of buta agama lah sebab Cheethasha baru tahu benda ini. Selama ini , Cheethasha ingat *suspense*

Suara itu aurat tapi sebenarnya bukan , suara yang kita lenggok lenggokkan itu adalah aurat .

Then,

Cara jalan kita juga aurat sebab kita meliuk liukkan badan kita.

Moh lah kita semua sama sama menjaga semua perkara di atas. Cheethasha pun ada kelemahannya juga, Im not perfect. Fyi, Im not a hijabers yet but InsyaAllah im on my way. So, marilah kita sama sama berubah kearah kebaikan. Tak salah kan saling nasihat menasihati. Kalau ada yang di luar sana yang nak memberi nasihat dekat Cheethasha, boleh je. But make sure in appropriate way, sebab nasihat pun ada caranya and nasihat itu mestilah free of charge. Haha :)

Ecewah, nampak tak muka excited Cheethasha itu hewhew :D

Okay, rasanya Cheethasha dah kena get ready ini, baju dah lah tak kemas lagi. Jap lagi nak bertolak. Hehe mampus deh guwe :D So, I think thats all for today. Maybe tak banyak yang Cheethasha dapat share but dont worry be happy, InsyaAllah kalau Cheethasha discover new things lagi, Cheethasha kongsi ya. Last but not least, Salam Ramadhan again buat awok awok semua. Puasa jangan tak puasa tau, babap nanti ;)

P/S : Rasa diri ini tua pulok bila bahasakan diri Cheethasha. Haha its okay, because i'm cool like cheetahs. Teehee :D

Love,
Thasha Shoffri.

Thursday, 2 August 2012

Paling Cantik.

Bismillahirrahmanirrahim. 


The topic seems catchy right? Haha iolls saja je buat topic gempak sikit baru ada orang nak skodeng blog iolls yang tak seberapa ini :D 


*Tergedik kejap. Lempang laju laju.

Siapa yang patut kita sayang? Yeah, thats what I'm gonna blog today. But jangan salah pahe ya, its not about my love story okay. Luku satgi. Hehe :D



Once upon a time . . . Can happen anytime, seorang pelajar bertanya kepada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Perbualan di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi cenggini, ehemm (testing one two three) . . .

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang PALING kita sayang? And macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh canggih soalan awak itu, very impressive!! Btw awak nak tahu ke? Emmm baiklah, sekarang kamu ikut dan buat apa je yang saya suruh ya. Mungkin kamu akan dapat jawapannya nanti.

Pelajar : Baiklah, apa yang harus saya buat cikgu?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah sekarang juga. Sepanjang kamu berjalan di situ, perhatikan rumput disekeliling kamu and at the same time pilih rumput yang PALINGGGG cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput pilihan hati kamu itu dan bawa balik ke kelas :)

Pelajar : Okay. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. I'll be back :D

Malangnya, apabila pelajar tersebut kembali semula ke kelas, tidak ada  rumput pun yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik tadi?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang PALING cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang PALING cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sesampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang PALING cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana apa yang berlaku sudah pun berlalu. Dan semoga yang berlaku tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa PALING cantik dan PALING baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALI lah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan setulus dan seikhlas hati.

Cerita ini adalah peringatan buat aku dan dibingkaikan khas buat anda semua. Sayangi dan hargailah orang yang berada disekeliling kita especially our parents and friends dan tak lupa juga kepada mereka yang ada boypreng or gelpreng. Semoga hubungan yang dibina berkekalan sehingga Jannah :)

Love,
Thasha Shoffri.

Tuesday, 31 July 2012

Monday, 30 July 2012

E.N.C.I.K.A.T.A.K

Bismillahirrahmanirrahim. 


First of all, assalamualaikum dearest readers. So for today, aku nak blogging tentang kisah Encik Katak which I found its interesting to share with you ollss. Kisah yang simple tapi sangat terkesan dalam jiwa teehee :)



Segerombolan katak berkumpul mengelilingi sebuah perigi yang separuh siap. 
Dua ekor katak terperangkap di dalam perigi tersebut, akibat tidak berhati-hati ketika melompat. 
Mereka melihat ke dalam perigi tersebut. Ternyata terlalu dalam. Pantas mereka sepakat, sudah tiada harapan. 
"Kamu tawakal saja lah. Mungkin ini nasib kamu!" jerit katak dari atas kepada dua ekor katak di dalam perigi itu. 
"Kami tidak tahu macam mana kami nak bantu kamu naik ke atas, " kata katak lain. 
"Itulah kamu, kenapa cuai sangat. Ini padahnya tidak berhati-hati. Kalaulah kamu betul betul semasa melompat, takkan jadi tragedi macam ini, " tambah katak yang lain. 
Namun kedua dua ekor katak itu tetap berusaha naik ke atas dengan melompat. Masih gagal. Dari atas terus kedengaran suara suara yang hanya membunuh dan merobek robek harapan mereka. 
Setelah agak lama mencuba, salah seekor katak berputus asa. Badannya sakit sakit dan lenguh lenguh akibat melompat tidak berhenti henti. Tenaganya pula semakin lemah. Dia hanya mampu tersandar pada dinding perigi. Ditambah pula semangatnya lumpuh dek kata kata yang tidak memberangsangkan langsung dari atas. 
Tidak berapa lama kemudian dia pun mati. Mati katak. Kumpulan katak katak di atas hanya mampu melihat. 
Melihat rakannya telah mati, katak yang seekor lagi meneruskan usaha melompat. 
"Kamu tak nampak ke kawan kamu itu dah mati? Kamu pun nanti akan menyusul sama!" 
"Simpan saja tenaga kamu. Membazir je kamu melompat lompat." 
"Buat kali terakhir, kamu ingin makan apa? Kami akan bawakan." 
Begitulah pelbagai teriakan kedengaran dari atas. Namun katak itu tidak mempedulikannya. Dia terus melompat. Akhirnya seperti ada satu semangat baru, katak itu melompat begitu tinggi dan berjaya keluar. 
Takjub melihat apa yang berlaku, seekor katak menemuramahnya: "Kenapa kamu tetap melompat walaupun kami sudah menyuruh kamu menerima takdir yang kamu mungkin akan mati seperti kawan kamu?" 
"Sebenarnya telinga saya kurang dengar. Saya ingatkan kamu semua memberi semangat kepada saya untuk berusaha melompat. Saya lihat mulut kamu semua menjerit sesuatu, seolah olah memberi semangat kepada saya. Sebab itu saya terus berusaha, tidak mahu mengecewakan kamu semua." 

Pengajaran: You're what you think. Sometimes, tersalah sangka juga ada manfaatnya, terutamanya apabila kita menyangka niat seseorang yang jahat itu sebenarnya baik untuk kita, lalu kita mendapat manfaat daripadanya. Just be positive in whatever you do, then it will change everything :)

Love. 
Thasha Shoffri. 

Sunday, 29 July 2012

Sejenak.

Bismillahirrahmanirrahim.


Guys, do you know?


Makna doa duduk antara dua sujud yang kita selalu baca laju-laju itu? 
Subhanallah, it really complete our du'a everyday :)




Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)


Jaga diri semua,
Moga dilindungi Allah sentiasa :)

Love,
Thasha Shoffri.

Friday, 27 July 2012

Purity.

Bismillahirrahmanirrahim.


Hari ini dia mungkin tidak bertudung,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling ikhlas menutup auratnya..


Hari ini dia mungkin seorang yang gemar mencarut,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling lembut bicaranya..


Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah s.w.t,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqamah melaksanakan qiyamullail kala kita semua sedang lena..


Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu,
tugas kita bukan menerakakan orang,
sebaliknya mengajak manusia ke jalan-Nya dan saling doa-mendoakan..


Jangan hina permulaan seseorang,
kerana kita tidak tahu bagaimana pengakhirannya.



Love,
Thasha Shoffri.

Thursday, 26 July 2012

Menyampah!

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum!
Hee suspen tak, aku letak tanda seru?


Tajuk post ini maybe buat kengkawan semua rasa, apobondo lah yang dia menyampah sangat ini? But its okay, dont worry and be happy sebab post ini tak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. Its not actually about menyampah yang hey you're so annoying, i dont like you! but actually its about something like this oh mai Allah, comel gilaaaa budak ini! super jealous oh, menyampah! *flips hair* Yeah guys and girls out there, its actually like that sebab aku ini bukannya jenis yang mudah menyampah or benci dekat seseorang. Im such a good girl *muntah darah*

Okay nuff with the 'merapu' thingy. So, back to our topic. Recently, aku ada jatuh jantung dekat seorang budak ini. I just can't stop looking at her picture. Take not 'her' okay! And day by day, i feel like menyampah pula tengok muka dia sebab kecomelan dia itu melampau lampau sangat or in other words im jealous lah weh!. Haha. Tak percaya? Meh sini pakat ramai ramai tengok gambar dia.











Haaa amek kau, banyak gila kot gambar aku letak untuk tatapan kita bersama. Semuannya comel comel belakoo and semua gambar yang aku letak ini favourite aku. Okay nuff with the photo, so why not kita berkenalan dengan budak comel ini pula. Nama diberi Weing Ping and she's come from Thailand. So siapa cakap orang Thailand tak comel, comel bangat kot. Eh sesat bahasa endon pula. Haha. She's a part time model but opkos model budak budak kecil je, tak cukup umur lagi ya. And fyi, si Weing Ping ini ada facebook fan clubs dia sendiri tau, kau dan aku ada? Kalau kau dengan aku ada pun, masa umur kita belasan kot but this girl since dia lahir lagi dah ada facebook. Hebat tak hebat juga lah :D Kengkawan semua boleh lah melawat or LIKE facebook si Weing Ping pong comel ini by clicking here Weing Ping :) 



Awh leopard print, me gusta :)

 
Little Angel :)


Eh eh sama lah hehe :D Lepas ini boleh lah buat kolaborasi gituuu.

Weing Ping with his beautiful mum :)

Apa yang buat aku suka sangat dengan ini budak is dia pandai buat reaksi muka yang comel comel gituuu :D Kalau lah anak buah aku sebegini comel rupanya but opkos with a good attitude, confirm makcuuu love you so much little girl muachksss! And kepada wanita wanita yang bakal melahirkan anak dan inginkan anak anda semolek Weing Ping ini contohnya kakak aku, tataplah gambar budak ini hari hari. Mana lah tahu, kot kot berkenan ke kan? Kalau tak dapat sebiji, seiras pun boleh lah. Haha. So after this, boleh lah aku hadiahkan kakak aku gambar si Weing Ping ini. Nampak tak aku nak sangat anak buah macam Weing Ping pong comel ini? Kisah pula aku :P

Thats it from Thasha, thank you for reading awok semua :)

Coming soon. Stay tuned ;)

Love,
Thasha Shoffri.