Tuesday, 31 July 2012

Monday, 30 July 2012

E.N.C.I.K.A.T.A.K

Bismillahirrahmanirrahim. 


First of all, assalamualaikum dearest readers. So for today, aku nak blogging tentang kisah Encik Katak which I found its interesting to share with you ollss. Kisah yang simple tapi sangat terkesan dalam jiwa teehee :)



Segerombolan katak berkumpul mengelilingi sebuah perigi yang separuh siap. 
Dua ekor katak terperangkap di dalam perigi tersebut, akibat tidak berhati-hati ketika melompat. 
Mereka melihat ke dalam perigi tersebut. Ternyata terlalu dalam. Pantas mereka sepakat, sudah tiada harapan. 
"Kamu tawakal saja lah. Mungkin ini nasib kamu!" jerit katak dari atas kepada dua ekor katak di dalam perigi itu. 
"Kami tidak tahu macam mana kami nak bantu kamu naik ke atas, " kata katak lain. 
"Itulah kamu, kenapa cuai sangat. Ini padahnya tidak berhati-hati. Kalaulah kamu betul betul semasa melompat, takkan jadi tragedi macam ini, " tambah katak yang lain. 
Namun kedua dua ekor katak itu tetap berusaha naik ke atas dengan melompat. Masih gagal. Dari atas terus kedengaran suara suara yang hanya membunuh dan merobek robek harapan mereka. 
Setelah agak lama mencuba, salah seekor katak berputus asa. Badannya sakit sakit dan lenguh lenguh akibat melompat tidak berhenti henti. Tenaganya pula semakin lemah. Dia hanya mampu tersandar pada dinding perigi. Ditambah pula semangatnya lumpuh dek kata kata yang tidak memberangsangkan langsung dari atas. 
Tidak berapa lama kemudian dia pun mati. Mati katak. Kumpulan katak katak di atas hanya mampu melihat. 
Melihat rakannya telah mati, katak yang seekor lagi meneruskan usaha melompat. 
"Kamu tak nampak ke kawan kamu itu dah mati? Kamu pun nanti akan menyusul sama!" 
"Simpan saja tenaga kamu. Membazir je kamu melompat lompat." 
"Buat kali terakhir, kamu ingin makan apa? Kami akan bawakan." 
Begitulah pelbagai teriakan kedengaran dari atas. Namun katak itu tidak mempedulikannya. Dia terus melompat. Akhirnya seperti ada satu semangat baru, katak itu melompat begitu tinggi dan berjaya keluar. 
Takjub melihat apa yang berlaku, seekor katak menemuramahnya: "Kenapa kamu tetap melompat walaupun kami sudah menyuruh kamu menerima takdir yang kamu mungkin akan mati seperti kawan kamu?" 
"Sebenarnya telinga saya kurang dengar. Saya ingatkan kamu semua memberi semangat kepada saya untuk berusaha melompat. Saya lihat mulut kamu semua menjerit sesuatu, seolah olah memberi semangat kepada saya. Sebab itu saya terus berusaha, tidak mahu mengecewakan kamu semua." 

Pengajaran: You're what you think. Sometimes, tersalah sangka juga ada manfaatnya, terutamanya apabila kita menyangka niat seseorang yang jahat itu sebenarnya baik untuk kita, lalu kita mendapat manfaat daripadanya. Just be positive in whatever you do, then it will change everything :)

Love. 
Thasha Shoffri. 

Sunday, 29 July 2012

Sejenak.

Bismillahirrahmanirrahim.


Guys, do you know?


Makna doa duduk antara dua sujud yang kita selalu baca laju-laju itu? 
Subhanallah, it really complete our du'a everyday :)




Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)


Jaga diri semua,
Moga dilindungi Allah sentiasa :)

Love,
Thasha Shoffri.

Friday, 27 July 2012

Purity.

Bismillahirrahmanirrahim.


Hari ini dia mungkin tidak bertudung,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling ikhlas menutup auratnya..


Hari ini dia mungkin seorang yang gemar mencarut,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling lembut bicaranya..


Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah s.w.t,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqamah melaksanakan qiyamullail kala kita semua sedang lena..


Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu,
tugas kita bukan menerakakan orang,
sebaliknya mengajak manusia ke jalan-Nya dan saling doa-mendoakan..


Jangan hina permulaan seseorang,
kerana kita tidak tahu bagaimana pengakhirannya.



Love,
Thasha Shoffri.

Thursday, 26 July 2012

Menyampah!

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum!
Hee suspen tak, aku letak tanda seru?


Tajuk post ini maybe buat kengkawan semua rasa, apobondo lah yang dia menyampah sangat ini? But its okay, dont worry and be happy sebab post ini tak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. Its not actually about menyampah yang hey you're so annoying, i dont like you! but actually its about something like this oh mai Allah, comel gilaaaa budak ini! super jealous oh, menyampah! *flips hair* Yeah guys and girls out there, its actually like that sebab aku ini bukannya jenis yang mudah menyampah or benci dekat seseorang. Im such a good girl *muntah darah*

Okay nuff with the 'merapu' thingy. So, back to our topic. Recently, aku ada jatuh jantung dekat seorang budak ini. I just can't stop looking at her picture. Take not 'her' okay! And day by day, i feel like menyampah pula tengok muka dia sebab kecomelan dia itu melampau lampau sangat or in other words im jealous lah weh!. Haha. Tak percaya? Meh sini pakat ramai ramai tengok gambar dia.











Haaa amek kau, banyak gila kot gambar aku letak untuk tatapan kita bersama. Semuannya comel comel belakoo and semua gambar yang aku letak ini favourite aku. Okay nuff with the photo, so why not kita berkenalan dengan budak comel ini pula. Nama diberi Weing Ping and she's come from Thailand. So siapa cakap orang Thailand tak comel, comel bangat kot. Eh sesat bahasa endon pula. Haha. She's a part time model but opkos model budak budak kecil je, tak cukup umur lagi ya. And fyi, si Weing Ping ini ada facebook fan clubs dia sendiri tau, kau dan aku ada? Kalau kau dengan aku ada pun, masa umur kita belasan kot but this girl since dia lahir lagi dah ada facebook. Hebat tak hebat juga lah :D Kengkawan semua boleh lah melawat or LIKE facebook si Weing Ping pong comel ini by clicking here Weing Ping :) 



Awh leopard print, me gusta :)

 
Little Angel :)


Eh eh sama lah hehe :D Lepas ini boleh lah buat kolaborasi gituuu.

Weing Ping with his beautiful mum :)

Apa yang buat aku suka sangat dengan ini budak is dia pandai buat reaksi muka yang comel comel gituuu :D Kalau lah anak buah aku sebegini comel rupanya but opkos with a good attitude, confirm makcuuu love you so much little girl muachksss! And kepada wanita wanita yang bakal melahirkan anak dan inginkan anak anda semolek Weing Ping ini contohnya kakak aku, tataplah gambar budak ini hari hari. Mana lah tahu, kot kot berkenan ke kan? Kalau tak dapat sebiji, seiras pun boleh lah. Haha. So after this, boleh lah aku hadiahkan kakak aku gambar si Weing Ping ini. Nampak tak aku nak sangat anak buah macam Weing Ping pong comel ini? Kisah pula aku :P

Thats it from Thasha, thank you for reading awok semua :)

Coming soon. Stay tuned ;)

Love,
Thasha Shoffri.

Wednesday, 25 July 2012

Lelaki Idaman.

Bismillahirrahmanirrahim.

Lelaki memang demand lebih.


Whoever agree about 'Statement Berani Mati' aku ini, please raise your hands up. So, we're in the same boat, give me five sikit hewhew :D Okay, boleh dikatakan kebanyakan lelaki memang demand kan. Dan mereka ini kalau boleh nak bagi tahu satu dunia ciri ciri perempuan yang mereka idam idamkan. Actually, aku tak lah tahu serba serbi pasal lelaki but most of them yang aku kenal di alam realiti mahupun di alam maya semuannya nak gelprenggg yang panasss, yang slim melim, dan of course yang cantik. Demand lah itu kan? Seriously this topic is not suitable for me but, I dont think its a crime if I voice out my opinion. Sebab practically setiap ceruk yang aku buka, mesti ada orang akan post or tweet, 'Perempuan kenalah jadi macam ini, blabla barulah lelaki suka'. Well, I'm twenty man! I'm matured enough to discuss about this. This is so not relative so don't be offended okay. This is my thought. Me gusta :)


MEMBIMBING KE JANNAH

Mana mana muslimah atau wanita mestilah inginkan seorang pasangan hidup yang mampu mendidik dan membimbing mereka ke syurga. Dan mendekati Allah. Kan best kalau orang dok mengata pasal kome laki bini cenggini, 'Laki si Temah dengan Temah tu rajin betul berjemaah ya, kalau balik kampung je, memang rajin betul berjemaah berdua kalau tak ada orang lain'Barulah bertanggungjawab. Siapa nak jadi bertanggungjawab? Angkat kening ^^

RUPA

Perempuan ini kebanyakannya, tak terlalu demand dalam memilih pasangan hidup sebab as you can see bukan semua perempuan nak lelaki yg hensem macam Brad Pitt. Plus, orang mcm Brad Pitt itu Angelina Jolie dah ambil dulu. Haha. Fyi, selalunya bila perempuan duduk bergosipp-ing about guys, 'Eh lelaki yang jadi hero kedua dalam filem cap ayam itu hensem lah, I suka awh'. Then. topik itu akan  berhenti sampai situ sahaja. Percayalah, perempuan memang suka bergosip tetapi diaorang tak akan bawa gosip itu dalam perjumpaan mereka akan datang. So, jadilah lelaki yang mahu didekati kerana peribadi bukan  sekadar paras rupa yang kacaks je sebab paras rupa ini mampu expired bila dah tarikh luput. Hehe :D

RAJIN

Lelaki yang rajin memang susah nak cari.  But alhamdullilah I've found mine, jangan jealous :P Asal balik kampung, mesti tidur memanjang. Asal tidur memanjang, mesti balik kampung. Haha. 'Eh si Ah Chai itu balik kampung hari itu rajin betul bakar sampah depan rumah. Masa raya itu, dia sorang je yg pakai T shirt pastu pakai seluar baju melayu tengah sibuk potong lemang bagai. Orang lain semua dah siap nk pi beraya'. Kang molek gitu kalau ada orang habak mai cenggitu. Siapa setuju angkat kaki. Haha.

MEMILIH

Lelaki tak selalu sangat dikaitkan dengan memilih makanan. Selalunya perempuan sebab perempuan ini kadang kadang fikir pasal berat badan. Kalau makanan itu kolesterol tinggi, kan naya je? So sebaik baiknya janganlah terlalu memilih wahai lelaki lelaki diluar sana lebih lebih lagi masa balik kampung. Kalau hidang belacan je, mesti satu hari itu sanggup mogok tak nak makan sebab bau dia. Apa kes mcm itu? So, apa yang ada depan mata, sambar je bang oi. Lagipun, mentua tak suka tau kalau menantu nya cerewet. Nanti tak pasal pasal kena reject. Padan muka. 

PEMBERSIH

Hygiene sangatlah penting dalam kehidupan kita. Kuman sekarang, bukan main terror lagi penangan dia. Even kencing tikus pun boleh bawa maut tau. So jauh jauhkan lah sifat pengotor ini tau. Geli tahu? Tapi kalau hygienic sangat pun bermasalah juga. Janganlah sampai 24 jam asyik nak pakai hand sanitizer je. Nanti orang menyampah. Tak pun nanti orang lain kata anda geli terhadap mereka pula. Kan dah salah faham, ye dak? 


PEMURAH

Kalau lelaki ini kedekut, memang gua tak respect lu lah mamat. Sebab kalau bab bab makan bukan main kedekut tahi hidung masin lagi tapi bila bab bab beli ekzos kuasa kuda lah, kuasa siput lah laju pula bang oi. Ini yang nak marah ini. Sabar thasha sabar, puasa puasa :) So wahai lelaki, ketahuilah tak baguih kalau mcm itu perangainya, oghang omputih kata apa 'No good'. Okay, I'm not demanding girl tapi kan bagus kalau orang dok kata, 'Abang si polan itu rajin betul bawa family diorang pi makan sana pi makan sini kalau hujung bulan. Kalau abang aku, hampeh!!'. Can you spot the difference? Hehe aku tak ada abang eh :D Tapi kita sebagai perempuan ini, janganlah ambil kesempatan kalau sifat pasangan kita itu pemurah.

MENGHARGAI

Kadang kadang kita sebagai manusia memang rasa nak dihargai sepanjang masa bukan? So lelaki sangat digalakkan mempunyai perasaan 'menghargai' itu.Tolong take note ya Dato Harimau. Hehe :D Well, kita semua tahu yang lelaki ini hati kering sikit. Sort of, bukan semua. Mereka rasa ucapan perasaan menghargai itu macam biasa je. Tak perlu pun takpe. Salah sama sekali ya. Anda perlu ingat, kitaran hidup anda terdapat kaum Hawa ya. Mereka suka kalau diri mereka dihargai. Sama ada adik, kakak, ibu, nenek, isteri atau gelprengggg. Ucaplah terima kasih atau puji lah sikit walaupun ego anda sedikit tercabar. Kerana ucapan atau pujian mampu membuat mereka tersenyum. 'Amma, terima kasih masakkan kuah dal dengan capati'. Tak kisahlah walaupun lauk dia semasin laut atau sehambar komik Lawak Kampus.

GOOD SENSE

Tak ramai antara kita yang dikurniakan dengan 6ixth Sense. Even kumpulan 6ixth Sense itu pun entah entah tak ada sixth sense, ye dak? So, a guy with a good sense is such a perfect creature. Wucehh ayat aku, pancing like that. Haha :D Good sense di sini bermaksud, memahami kehendak orang lain walaupun tidak diluahkan. Faham ke tak ini? Haha okay cuba fahamkan contoh saya ini. 'Untunglah abang ipar si Thasha itu belikan Astro Beyond dengan TV LED Cap Angsa untuk family dia dekat kampung. Katanya tak syok kalau tak tengok Azwan Ali dalam Masterchef Malaysia secara HD'. Haa, boleh faham? So lelaki yang dalam kategori mcm ini memang gua respect habis. Bukan kata respect, specs gua pun gua sanggup gadai ;)


Love,
Thasha Shoffri.

Tuesday, 24 July 2012

My own twelve commandments.

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum,

To all my readers. Salam Ramadhan ya :)


These are the rules that I live by: 

1. Be the best Allah's slave I can be. InsyaAllah.
2. Focus on today, rather than worrying about tomorrow.
3. Try new things.
4. Stop being so scared.
5. Grow up and get out of that college drama.
6. Smile and laugh on a daily basis.
7. Love as if it will die instantly.
8. Stop being so much of a hypocrite.
9. Don’t lose sight of my priorities.
10. Maintain long lasting friendships.
11. Stop caring about what other people think of you. 
12. Have fun. Enjoy life. Live it up. 

Love,
Thasha Shoffri.

Monday, 23 July 2012

Make Up. Isu atau bukan isu?

Bismillahirrahmanirrahim pembuka bicara. Nanti tersedak pula baca post ini kalau tak baca Bismillah kan? :)


So topik hari ini adalah? Okay, make up sangat sangat lah sinonim untuk perempuan macam aku. Tapi pelik sangat kah kalau perempuan macam aku tak pandai make up? Well, untuk pengetahuan anda anda semua di luar sana perempuan macam aku hanya tahu menggunakan lip balm dan eye liner itupun tatkala rajin menyerbu diri. Haha. Even bedak compact pun aku jarang guna sebab perempuan macam aku masih menggunakan bedak baby johnson, almaklumlah nak kulit lembut macam baby. Ahaha gewdikkk gila :P


Can you see eye liner yang aku aplikasi tu? Fyi, that's not my handmade :D

Readers sekalian, jangan salah sangka ya. Perempuan macam aku ini of course lah tahu apa itu eyeshadow, blusher, lipstick and? Hm itu je kot yang aku tahu sebab yang lain semua nama macam pelik pelik je. Hewhew :D And perempuan macam aku ini, jangankan bahan make up, krim muka pun aku tak pernah pakai. Sekadar guna pencuci muka dan again tatkala rajin menyerbu diri aku tepek sikit bedak sejuk atau masker.

I do believe the power of make-up. Hello, aku tahu jugak perkembangan semasa di mana ada yang hanya menggunakan make-up mata dah jadi besar, macam Shin Chan buat muka kesian. Dengan hanya menggunakan serbuk warna warni itu dah jadikan tulang pipi korang semua tersembul gaya nak minta kena cubit. And with make up, everyone will see korang dengan ayat "atototo,, omey ngat ngat".

just like this!
macam pwincess gituu :D

Everywhere we go mesti kita nampak para wanita mengenakan make up dekat muka meka. Ada perempuan yang make up lebih-lebih had sampai merah pipi macam kena tampaq, lipstick dicalit sampai bibir nampak tebal macam Angelina Jolie gituuu . . Mungkin mereka ini merasakan lebih yakin bila berkeadaan seperti itu. Dan ada juga perempuan yang biasa biasa je macam aku ecehhh sekadar tempek tempek bedak baby johnson, calit calit lip balm pun gitu-gitu je bukanlah seorang yang selekah. Cuma dia bersederhana sahaja. Sebab setiap perempuan mesti ada cara berhias yang tersendiri dan setiap pandangan mata orang pun berlainan :)


But for me, make-up is an optional. Aku mungkin tak ber'make up' sebab aku tak pandai dan aku tak ada pun segala benda warna warni macam pelangi itu. Mungkin juga sebab aku tak suka make up yang nampak heavy. So, bila ada yang nak make upkan muka aku, aku dah siap bagi warning nak light light je. Which mean, aku rasa kalau nak light light baik tak payah make up terus. Dan, bila make up aku jadi tak selesa dan lagi kurang confident diri nak keluar rumah. Haha. And the most important reasons is kebanyakan orang disekeliling aku including my mother bukan jenis yang suka make up. So mak borek, anak rintik :)

see, tak perlu pakai make up heavy heavy pun my mother still the beautiful
women in my life. I love you mother <3

Tahu lah bahawa, kecantikan mu bukan terletak pada alat mekap sahaja! Biarlah natural yang tersergam indah di muka mu itu tidak dinodai oleh sebarang alat make up. Till then, adios! :)

Love,
Thasha Shoffri.

Sunday, 22 July 2012

Ramadhan.

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.



Salam Ramadhan sahabat seIslam ku :) 


Alhamdulillah kita masih lagi bernafas dalam bulan Ramadhan yang mulia ini :) So kalau kawan kawan boleh tengok sekarang dekat facebook and twitter boleh dikatakan hampir semua orang dok update tentang sahur, berbuka puasa, and yang paling penting bazaar Ramadhan nyummy~ Ada di antara status yang bagus untuk renungan serta pesanan buat kita semua dan ada juga yang songal songal belako. Haha.


Sempena bulan puasa ini, janganlah ada yang gatal gatal miang nak ponteng puasa. Tak kisahlah kantoi ke tak kantoi ke janji malu lah sikit pada Allah. Kalau tak malu buat depan orang bukan Islam, malu sikit bila kena tanya di akhirat nanti. Haihh esok baru hari ketiga puasa atau 3 Ramadhan. Jadi kepada mereka yang sudah pinjam mesin masa Doraemon dan cepatkan masa terus ke mood nak raya, henti hentikanlah. Bawa bertaubat. Haha. Lagi 28 hari kak oi and bang oi ;)


Haipp Doraemon, kenapa bagi diorang pinjam mesin masa kau hah? Kan diorang dah main mercun depan rumah aku.

Pung Pang Pung Pang! Puhlease tak boleh nak concentrate mengarang. Kesian Blogger, asyik kena saving je -.- 



Antara sites yang menjadi kegemaran aku sikalang ialah TUMBLR :) Nak tahu kenapa?  Sebab . . . time time bulan puasa ini ramai yang akan reblog gambar makanan Haha :D So sahabat seislam yang aku kasihi tapi tidak dikenali tolong jangan terliur pula tengok gambar gambar makanan itu. Anggap saja makanan itu rasa macam tayar kereta. Have to lah! Kata nak menahan nafsu. And not to forget masa bulan puasa ini, bukan nafsu makan saja kena tahan. Tapi, nafsu tengok aurat perempuan, lelaki and so on semua kena jaga. Kalau tengok gambar Fasha Sandha, Neelofa ke Nur Fathia itu jangan nak lama sangat tenungnya ya :D Merbahaya.


Kenapa bulan puasa, masih ada yang tak berpuasa walaupun syaitan diikat?

Soalan cepucemas cikgu aku masa aku sekolah rendah dulu.

Jawapannya sebab dalam diri orang tu dah memang biasa sangat buat dosa. Sebab itu kalau makan depan orang ramai dia tak berapa nak malu sangat. Hee peace.

Jadi kepada muslimin dan muslimat sekalian, puasa biar penuh. Solat Terawikh jangan lupa ya :D Berbuka jangan borong macam beli kat pasar borong ya. Itu hanya bazaar Ramadhan, bukan pasar borong ya. Take note! Jangan pula ada muka orang yang aku kenal tiba tiba masuk paper 'Kena tangkap makan maggi'. Alahai maggi je pun. Setakat makan maggi, lepas itu dapat dosa tak berbaloi bang :D Minta dijauhkan. Saya yakin (ehh *aku mana?) anda semua baik baik belako :D 

Kepada kawan kawan aku yang berpuasa dengan kawan baru, jiran baru, keluarga baru, makwe baru, pakwe baru *ehh* SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.


Raya nanti jangan lupa datang rumah. Pintu rumah aku sentiasa terbuka untuk korang datang dan pergi :)


Love,
Thasha Shoffri.

Monday, 16 July 2012

Rumah Gila.

Bismillahirrahmanirrahim.
You know, I have one problem which is when I started to blogging about something, I was blur at first because I don't know how to greet my readers. Lack of 'pendahuluan' skill. Sort of. Menyesal tak asah bakat menulis pendahuluan masa zaman sekolah dulu. Haha :D 

So back to my topic for today is Crazy House. Pernah dengar tak rumah gila yang digelar Crazy House atau dalam bahasa Jerman 'Verrueckte Haus'? Rumah ini adalah sebuah rumah keluarga tunggang terbalik yang boleh dilihat di bahagian utara bandar Bispingen, Jerman pada 27 Mac 2011. Opss dah berzaman dibina tapi aku baru post tahun ini, so what?!




Apa yang menarik untuk post kali ini ialah aku nak habaq mai dekat semua khususnya warganegara Malaysia yang Crazy House ini bukan ada dekat negara mat saleh tu je.. but di Malaysia pongg ada. So Crazy House Malaysia ini terletak di Tamparuli Sabah dan di kalangan orang orang sabah Crazy House ini lebih dikenali sebagai 'rumah terbalik'.


Satu-satunya ‘rumah terbalik’ dan yang pertama di Malaysia kini menjadi tarikan pelancong di Sabah. 
Rumah unik di kaki Gunung Kinabalu ini telah menarik lebih daripada 3,000 pelawat, selepas hampir enam minggu ia dibuka kepada orang ramai. Malaysia Book of Records mengesahkan rumah ini adalah satu-satunya di negara ini. I'm so proud to be Malaysian :) Fyi, dari bumbung ke lantai, dari depan ke belakang termasuk sebuah kereta Kancil yang diletakkan di garaj, semuanya dalam kedudukan terbalik.



Menurut ustaz Google, rumah ini disiapkan kira-kira 1 tahun dengan mencekik kos 1.2 juta. Ianya dibina di atas tanah seluas 140 kaki persegi oleh kumpulan pekerja pemiliknya, Alexander Yap dengan bantuan arkitek Cheong Kok Ann dan jurutera Paul Yap. Bukan sahaja rumah ini terbalik dari segi struktur binaannya tetapi hiasan dalaman rumah ini juga terbalik, ruang tamu, bilik tidur, ruang dapur, tandas, perhiasan dindingnya ahh senang cerita semua lah terbalik.

Hiasan di ruang makan

Hiasan di ruang tamu

Rumah yang terletak berhampiran SMK Tamparuli itu dibuka kepada pengunjung setiap hari dari 8 pagi hingga 8 malam dengan bayaran tertentu. Bayaran sila rujuk ustaz Google, malas nak disertakan sekali harap maaf. Antara kemudahan yang disediakan di perkarangan rumah itu adalah kafe, kedai dan tandas. Tapi anda diingatkan agar menggunakan tandas yang disediakan di luar rumah itu, bukan di dalamnya. Saya ulang di LUAR rumah tau. Kalau tidak, lain jadinya. Haha :D


So, ada sesiapa yang inginkan rumah seperti ini? Sebab siapa tahukan pada masa akan datang nanti ada pemaju rumah or engineer yang berkaliber, badan ketul ketul akan buat kawasan perumahan 'rumah terbalik' pula hahhh jangan terperanjat cik temah oittt . . And aku akan pastikan aku dan bakal suami ku ecehhhh orang pertama yang membeli 'rumah terbalik' itu *flips hair* ;)

Sebagai kakak yang baik, post kali ini ditujukan khas kepada adik adik kesayangan ku yang bakal tercampak Over The Sea (Sabah) pada 2 September ini. Dont worry my dear, wherever you are yang paling penting adalah CONFIDENT! Believe in yourself and do your best dalam apa jua yang awak semua lakukan. Pasti ada reward yang lumayan. Trust me, your kak yong :)

STRUGGLE FOR THE NEXT 3 YEARS. IN SHA ALLAH.
Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.

Love,
Thasha Shoffri.

Sunday, 15 July 2012

Just For Fun !

Assalamualaikum readers :)
Hari ini rasa rasanya aku nak berkongsi something related about 'Disappointment' sobs sobs -_-

alololo sedihnya muka kau, kisah pulak aku :P

Perkara Yang Perlu Kita Buat Apabila Kita Kecewa ~ 


Berikut adalah perkara perkara yang perlu kita buat untuk mengelakkan kita daripada terus mengalami trauma kecewa tertonggeng monggeng dan sukar menerima hakikat diri fullstop .

1. Dalam keadaan kecewa or frust lah katakan, kuatkan semangat anda. Sebaik baiknya, pergilah ke tempat yang macam 'ulat tahi' haha maksud aku tempat yang ada ramai orang. And untuk menjadi kan hari anda semakin menarik dan tertarik jauh dari kekecewaan, bagi setiap orang yang ada temui, tanya kepada mereka. “Sudahkah anda menjelaskan cukai pendapatan anda?”


macam ulat tahi tak? hewhew :P

2. Beli makanan banyak banyak (disarankan sebaiknya makanan basah yang tidak tahan lama)  dan jangan diletakkan di dalam fridge. Dari sehari ke sehari, perhatikan perubahan yang terdapat pada makanan tersebut. Then, rekodkan dalam buku nota anda sebarang perubahan yang berlaku seperti pergerakan ulat, kulat, spora dan sebagainya.

hah cepat cepat catat dalam buku nota anda pergerakan ulat tuu :P

3. Jika kita rindukan detik detik waktu bergayut di telefon especially with your beloved EX (kisah pulak aku haha), dan kita terasa begitu sukar untuk melupakan tabiat lama kita itu. so why not cepat cepat angkat telefon, dail sebarang nombor 103 Telekom Malaysia. Petugas petugas Telekom Malaysia bersedia melayan sebarang pertanyaan anda. Sekiranya anda di marahi. Bagitahu mereka yang anda baru lepas di kecewakan dan memerlukan seorang untuk anda meluahkan perasaan anda.


hello abang Telekom Malaysia, nak berkenalan boleh? oooo dah ada girlfriend, its okay then :(

4. Sekiranya anda terasa terlalu rindu sehingga tidak dapat melelapkan mata. Bangun !!!! Berdiri dan buat senaman ringan sebanyak 8 kali setiap sesi. Kemudian pergi ke dapur, alih semua almari dan peralatan yang hampir dengan dinding. Perhatikan sebarang pergerakkan lipas dan semut. Ekori mereka. Mereka mungkin, perompak yang di kehendaki oleh polis. Anda telah membantu menangkap penjenayah !!! Syabas :)


eekkkk, i hate you LIPAS !!

5. Anda rindu mendapat email dari si dia? Bukak account email baru yang dekat dekat namanya macam email kekasih anda, dan compose email berbentuk cinta dan rindu. Hantarkan kepada email anda yang selalu anda gunakan untuk berhubung dengan dia. Taraaaaa!!! Checklah email anda yang asal itu. Anda pasti gembira mendapat email yang seolah olah dari dia. 


untunglah dapat banyak email hantar sendiri hewhew :D

6. Marah pada dia? Itu adalah normal ! Ambil bantal peluk anda. Pakaikan bantal peluk anda seperti anda ingin kekasih anda bergaya. Letakkan di hujung katil. Apabila anda telah bersedia, hamburkan segala yang terbuku di hati anda. Luahkan segala galanya. Tapi awas, jangan sampai ada berlaku penderaan pada bantal kekabu anda. Sebarang luka luka dan lebam tidak di benarkan. Selepas anda rasa puas memarahi bantal tersebut. Bukakan pakaian dia, dan check sama ada berlaku sebarang pendarahan ataupun tekanan emosi pada bantal tersebut. Sekiranya tidak ada, peluk lah bantal tersebut dan tidur seperti biasa. Ulangi langkah tersebut sekiranya anda tidak berpuas hati dengan mainan dalaman anda.


eh silap silap ini bantal peluk orang kahwin HAHA :D

7. Buka tv dan tontonilah cerita cerita aksi. Bayangkan kekasih anda itu adalah orang jahat dan anda hero dalam filem tersebut. Setiap kali ada adegan tembak menembak, pastikan anda melakukan aksi yang sama di depan tv. Semestinya anda akan berasa satu kepuasan apabila cerita tersebut tamat dan penjahat itu mati di tangan anda.


see? Angelina Jolie pun tembak kekasih dia sendiri so why not us? :)

8. Jangan dengar lagu lagu yang boleh mengingatkan anda kepada si dia. Anda masih dibenarkan mendekati radio, tetapi putarkan lagu lagu yang anda benci seperti keroncong, lagu lagu melayu deli dan juga irama asli. Bayangkan anda sedang menyanyikan lagu tersebut di telinga si dia, dan pastinya si dia akan menyampah apabila mendengarnya. Serikan nyanyian anda dengan aksi aksi dan memek muka yang menjelekkan untuk menandakan anda begitu marah dengan sikap si dia yang mengecewakan anda.


ambil kau, zaman bila punya picture aku letak nie HAHA :D

9. Tanam segala harta benda pemberian si dia. Kalau boleh poskan kesemuanya ke alamat rumah nenek anda untuk di simpan di sana. Berilah kebenaran untuk nenek anda menggunakan apa yang dia rasa perlu. Contohnya teddy bear, biarkan nenek anda tidur dengan teddy bear tersebut. Anda pasti merasa sgembira melihat nenek anda gembira tidur berteman dan anda akan dapat melupakan si dia dengan pantas.


take note yea wahai readers, aku kata tanam barang kekasih bukan tanam kekasih.

10. Untuk jalan mudah menenangkan hati dan fikiran anda ketika anda di kecewakan oleh pasangan anda? Lakukan semua perkara yang anda lakukan dalam keadaan terbalik. Anda berjalan terbalik. Anda menekan pedal minyak kereta dengan kaki kiri. Anda tidur berbaring. Anda menyapu dalam keadaan terlentang dan sebagainya. Variasi kan pergerakkan anda. Ingat, setiap aksi yang anda lakukan memerlukan anda untuk belajar gaya baru. Anda pasti seronok dengan perkara baru yang anda lakukan ini. Dan dengan mudah anda akan dapat melupakan si dia dalam sekelip mata sahaja.

style lah brother ini, nampak sangat tengah frust dengan awek lettewwww ;P

Selamat mencuba ! Tapi,yang paling penting ialah anda perlu mendekatkan diri pada Allah dan sentiasa memohon agar dipermudahkan segala urusan dan dilapangkan dada daripada segala musibah dan bencana kerana  baik buruk sesuatu perkara itu, semuanya datang daripada Allah semata-mata untuk menguji sama ada kita hambanya yang tabah atau tidak.Ingat itu!!!!


Love, 
Thasha Shoffri.