Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.

Salam Ramadhan sahabat seIslam ku :)

Salam Ramadhan sahabat seIslam ku :)
Alhamdulillah kita masih lagi bernafas dalam bulan Ramadhan yang mulia ini :) So kalau kawan kawan boleh tengok sekarang dekat facebook and twitter boleh dikatakan hampir semua orang dok update tentang sahur, berbuka puasa, and yang paling penting bazaar Ramadhan nyummy~ Ada di antara status yang bagus untuk renungan serta pesanan buat kita semua dan ada juga yang songal songal belako. Haha.
Sempena bulan puasa ini, janganlah ada yang gatal gatal miang nak ponteng puasa. Tak kisahlah kantoi ke tak kantoi ke janji malu lah sikit pada Allah. Kalau tak malu buat depan orang bukan Islam, malu sikit bila kena tanya di akhirat nanti. Haihh esok baru hari ketiga puasa atau 3 Ramadhan. Jadi kepada mereka yang sudah pinjam mesin masa Doraemon dan cepatkan masa terus ke mood nak raya, henti hentikanlah. Bawa bertaubat. Haha. Lagi 28 hari kak oi and bang oi ;)
Haipp Doraemon, kenapa bagi diorang pinjam mesin masa kau hah? Kan diorang dah main mercun depan rumah aku.
Pung Pang Pung Pang! Puhlease tak boleh nak concentrate mengarang. Kesian Blogger, asyik kena saving je -.-
Antara sites yang menjadi kegemaran aku sikalang ialah TUMBLR :) Nak tahu kenapa? Sebab . . . time time bulan puasa ini ramai yang akan reblog gambar makanan Haha :D So sahabat seislam yang aku kasihi tapi tidak dikenali tolong jangan terliur pula tengok gambar gambar makanan itu. Anggap saja makanan itu rasa macam tayar kereta. Have to lah! Kata nak menahan nafsu. And not to forget masa bulan puasa ini, bukan nafsu makan saja kena tahan. Tapi, nafsu tengok aurat perempuan, lelaki and so on semua kena jaga. Kalau tengok gambar Fasha Sandha, Neelofa ke Nur Fathia itu jangan nak lama sangat tenungnya ya :D Merbahaya.
Kenapa bulan puasa, masih ada yang tak berpuasa walaupun syaitan diikat?
Soalan cepucemas cikgu aku masa aku sekolah rendah dulu.
Jawapannya sebab dalam diri orang tu dah memang biasa sangat buat dosa. Sebab itu kalau makan depan orang ramai dia tak berapa nak malu sangat. Hee peace.
Jadi kepada muslimin dan muslimat sekalian, puasa biar penuh. Solat Terawikh jangan lupa ya :D Berbuka jangan borong macam beli kat pasar borong ya. Itu hanya bazaar Ramadhan, bukan pasar borong ya. Take note! Jangan pula ada muka orang yang aku kenal tiba tiba masuk paper 'Kena tangkap makan maggi'. Alahai maggi je pun. Setakat makan maggi, lepas itu dapat dosa tak berbaloi bang :D Minta dijauhkan. Saya yakin (ehh *aku mana?) anda semua baik baik belako :D
Kepada kawan kawan aku yang berpuasa dengan kawan baru, jiran baru, keluarga baru, makwe baru, pakwe baru *ehh* SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.
Raya nanti jangan lupa datang rumah. Pintu rumah aku sentiasa terbuka untuk korang datang dan pergi :)
Love,
Thasha Shoffri.
Raya nanti jangan lupa datang rumah. Pintu rumah aku sentiasa terbuka untuk korang datang dan pergi :)
Love,
Thasha Shoffri.

No comments:
Post a Comment