Monday, 16 July 2012

Rumah Gila.

Bismillahirrahmanirrahim.
You know, I have one problem which is when I started to blogging about something, I was blur at first because I don't know how to greet my readers. Lack of 'pendahuluan' skill. Sort of. Menyesal tak asah bakat menulis pendahuluan masa zaman sekolah dulu. Haha :D 

So back to my topic for today is Crazy House. Pernah dengar tak rumah gila yang digelar Crazy House atau dalam bahasa Jerman 'Verrueckte Haus'? Rumah ini adalah sebuah rumah keluarga tunggang terbalik yang boleh dilihat di bahagian utara bandar Bispingen, Jerman pada 27 Mac 2011. Opss dah berzaman dibina tapi aku baru post tahun ini, so what?!




Apa yang menarik untuk post kali ini ialah aku nak habaq mai dekat semua khususnya warganegara Malaysia yang Crazy House ini bukan ada dekat negara mat saleh tu je.. but di Malaysia pongg ada. So Crazy House Malaysia ini terletak di Tamparuli Sabah dan di kalangan orang orang sabah Crazy House ini lebih dikenali sebagai 'rumah terbalik'.


Satu-satunya ‘rumah terbalik’ dan yang pertama di Malaysia kini menjadi tarikan pelancong di Sabah. 
Rumah unik di kaki Gunung Kinabalu ini telah menarik lebih daripada 3,000 pelawat, selepas hampir enam minggu ia dibuka kepada orang ramai. Malaysia Book of Records mengesahkan rumah ini adalah satu-satunya di negara ini. I'm so proud to be Malaysian :) Fyi, dari bumbung ke lantai, dari depan ke belakang termasuk sebuah kereta Kancil yang diletakkan di garaj, semuanya dalam kedudukan terbalik.



Menurut ustaz Google, rumah ini disiapkan kira-kira 1 tahun dengan mencekik kos 1.2 juta. Ianya dibina di atas tanah seluas 140 kaki persegi oleh kumpulan pekerja pemiliknya, Alexander Yap dengan bantuan arkitek Cheong Kok Ann dan jurutera Paul Yap. Bukan sahaja rumah ini terbalik dari segi struktur binaannya tetapi hiasan dalaman rumah ini juga terbalik, ruang tamu, bilik tidur, ruang dapur, tandas, perhiasan dindingnya ahh senang cerita semua lah terbalik.

Hiasan di ruang makan

Hiasan di ruang tamu

Rumah yang terletak berhampiran SMK Tamparuli itu dibuka kepada pengunjung setiap hari dari 8 pagi hingga 8 malam dengan bayaran tertentu. Bayaran sila rujuk ustaz Google, malas nak disertakan sekali harap maaf. Antara kemudahan yang disediakan di perkarangan rumah itu adalah kafe, kedai dan tandas. Tapi anda diingatkan agar menggunakan tandas yang disediakan di luar rumah itu, bukan di dalamnya. Saya ulang di LUAR rumah tau. Kalau tidak, lain jadinya. Haha :D


So, ada sesiapa yang inginkan rumah seperti ini? Sebab siapa tahukan pada masa akan datang nanti ada pemaju rumah or engineer yang berkaliber, badan ketul ketul akan buat kawasan perumahan 'rumah terbalik' pula hahhh jangan terperanjat cik temah oittt . . And aku akan pastikan aku dan bakal suami ku ecehhhh orang pertama yang membeli 'rumah terbalik' itu *flips hair* ;)

Sebagai kakak yang baik, post kali ini ditujukan khas kepada adik adik kesayangan ku yang bakal tercampak Over The Sea (Sabah) pada 2 September ini. Dont worry my dear, wherever you are yang paling penting adalah CONFIDENT! Believe in yourself and do your best dalam apa jua yang awak semua lakukan. Pasti ada reward yang lumayan. Trust me, your kak yong :)

STRUGGLE FOR THE NEXT 3 YEARS. IN SHA ALLAH.
Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.

Love,
Thasha Shoffri.

No comments: