Hari ini rasa rasanya aku nak berkongsi something related about 'Disappointment' sobs sobs -_-
alololo sedihnya muka kau, kisah pulak aku :P
Perkara Yang Perlu Kita Buat Apabila Kita Kecewa ~
Berikut adalah perkara perkara yang perlu kita buat untuk mengelakkan kita daripada terus mengalami trauma kecewa tertonggeng monggeng dan sukar menerima hakikat diri fullstop .
1. Dalam keadaan kecewa or frust lah katakan, kuatkan semangat anda. Sebaik baiknya, pergilah ke tempat yang macam 'ulat tahi' haha maksud aku tempat yang ada ramai orang. And untuk menjadi kan hari anda semakin menarik dan tertarik jauh dari kekecewaan, bagi setiap orang yang ada temui, tanya kepada mereka. “Sudahkah anda menjelaskan cukai pendapatan anda?”
macam ulat tahi tak? hewhew :P
2. Beli makanan banyak banyak (disarankan sebaiknya makanan basah yang tidak tahan lama) dan jangan diletakkan di dalam fridge. Dari sehari ke sehari, perhatikan perubahan yang terdapat pada makanan tersebut. Then, rekodkan dalam buku nota anda sebarang perubahan yang berlaku seperti pergerakan ulat, kulat, spora dan sebagainya.
hah cepat cepat catat dalam buku nota anda pergerakan ulat tuu :P
3. Jika kita rindukan detik detik waktu bergayut di telefon especially with your beloved EX (kisah pulak aku haha), dan kita terasa begitu sukar untuk melupakan tabiat lama kita itu. so why not cepat cepat angkat telefon, dail sebarang nombor 103 Telekom Malaysia. Petugas petugas Telekom Malaysia bersedia melayan sebarang pertanyaan anda. Sekiranya anda di marahi. Bagitahu mereka yang anda baru lepas di kecewakan dan memerlukan seorang untuk anda meluahkan perasaan anda.
hello abang Telekom Malaysia, nak berkenalan boleh? oooo dah ada girlfriend, its okay then :(
4. Sekiranya anda terasa terlalu rindu sehingga tidak dapat melelapkan mata. Bangun !!!! Berdiri dan buat senaman ringan sebanyak 8 kali setiap sesi. Kemudian pergi ke dapur, alih semua almari dan peralatan yang hampir dengan dinding. Perhatikan sebarang pergerakkan lipas dan semut. Ekori mereka. Mereka mungkin, perompak yang di kehendaki oleh polis. Anda telah membantu menangkap penjenayah !!! Syabas :)
eekkkk, i hate you LIPAS !!
5. Anda rindu mendapat email dari si dia? Bukak account email baru yang dekat dekat namanya macam email kekasih anda, dan compose email berbentuk cinta dan rindu. Hantarkan kepada email anda yang selalu anda gunakan untuk berhubung dengan dia. Taraaaaa!!! Checklah email anda yang asal itu. Anda pasti gembira mendapat email yang seolah olah dari dia.
untunglah dapat banyak email hantar sendiri hewhew :D
6. Marah pada dia? Itu adalah normal ! Ambil bantal peluk anda. Pakaikan bantal peluk anda seperti anda ingin kekasih anda bergaya. Letakkan di hujung katil. Apabila anda telah bersedia, hamburkan segala yang terbuku di hati anda. Luahkan segala galanya. Tapi awas, jangan sampai ada berlaku penderaan pada bantal kekabu anda. Sebarang luka luka dan lebam tidak di benarkan. Selepas anda rasa puas memarahi bantal tersebut. Bukakan pakaian dia, dan check sama ada berlaku sebarang pendarahan ataupun tekanan emosi pada bantal tersebut. Sekiranya tidak ada, peluk lah bantal tersebut dan tidur seperti biasa. Ulangi langkah tersebut sekiranya anda tidak berpuas hati dengan mainan dalaman anda.
eh silap silap ini bantal peluk orang kahwin HAHA :D
7. Buka tv dan tontonilah cerita cerita aksi. Bayangkan kekasih anda itu adalah orang jahat dan anda hero dalam filem tersebut. Setiap kali ada adegan tembak menembak, pastikan anda melakukan aksi yang sama di depan tv. Semestinya anda akan berasa satu kepuasan apabila cerita tersebut tamat dan penjahat itu mati di tangan anda.
see? Angelina Jolie pun tembak kekasih dia sendiri so why not us? :)
8. Jangan dengar lagu lagu yang boleh mengingatkan anda kepada si dia. Anda masih dibenarkan mendekati radio, tetapi putarkan lagu lagu yang anda benci seperti keroncong, lagu lagu melayu deli dan juga irama asli. Bayangkan anda sedang menyanyikan lagu tersebut di telinga si dia, dan pastinya si dia akan menyampah apabila mendengarnya. Serikan nyanyian anda dengan aksi aksi dan memek muka yang menjelekkan untuk menandakan anda begitu marah dengan sikap si dia yang mengecewakan anda.
ambil kau, zaman bila punya picture aku letak nie HAHA :D
9. Tanam segala harta benda pemberian si dia. Kalau boleh poskan kesemuanya ke alamat rumah nenek anda untuk di simpan di sana. Berilah kebenaran untuk nenek anda menggunakan apa yang dia rasa perlu. Contohnya teddy bear, biarkan nenek anda tidur dengan teddy bear tersebut. Anda pasti merasa sgembira melihat nenek anda gembira tidur berteman dan anda akan dapat melupakan si dia dengan pantas.
take note yea wahai readers, aku kata tanam barang kekasih bukan tanam kekasih.
10. Untuk jalan mudah menenangkan hati dan fikiran anda ketika anda di kecewakan oleh pasangan anda? Lakukan semua perkara yang anda lakukan dalam keadaan terbalik. Anda berjalan terbalik. Anda menekan pedal minyak kereta dengan kaki kiri. Anda tidur berbaring. Anda menyapu dalam keadaan terlentang dan sebagainya. Variasi kan pergerakkan anda. Ingat, setiap aksi yang anda lakukan memerlukan anda untuk belajar gaya baru. Anda pasti seronok dengan perkara baru yang anda lakukan ini. Dan dengan mudah anda akan dapat melupakan si dia dalam sekelip mata sahaja.
style lah brother ini, nampak sangat tengah frust dengan awek lettewwww ;P
Selamat mencuba ! Tapi,yang paling penting ialah anda perlu mendekatkan diri pada Allah dan sentiasa memohon agar dipermudahkan segala urusan dan dilapangkan dada daripada segala musibah dan bencana kerana baik buruk sesuatu perkara itu, semuanya datang daripada Allah semata-mata untuk menguji sama ada kita hambanya yang tabah atau tidak.Ingat itu!!!!
Love,
Thasha Shoffri.
Love,
Thasha Shoffri.
No comments:
Post a Comment