Monday, 30 July 2012

E.N.C.I.K.A.T.A.K

Bismillahirrahmanirrahim. 


First of all, assalamualaikum dearest readers. So for today, aku nak blogging tentang kisah Encik Katak which I found its interesting to share with you ollss. Kisah yang simple tapi sangat terkesan dalam jiwa teehee :)



Segerombolan katak berkumpul mengelilingi sebuah perigi yang separuh siap. 
Dua ekor katak terperangkap di dalam perigi tersebut, akibat tidak berhati-hati ketika melompat. 
Mereka melihat ke dalam perigi tersebut. Ternyata terlalu dalam. Pantas mereka sepakat, sudah tiada harapan. 
"Kamu tawakal saja lah. Mungkin ini nasib kamu!" jerit katak dari atas kepada dua ekor katak di dalam perigi itu. 
"Kami tidak tahu macam mana kami nak bantu kamu naik ke atas, " kata katak lain. 
"Itulah kamu, kenapa cuai sangat. Ini padahnya tidak berhati-hati. Kalaulah kamu betul betul semasa melompat, takkan jadi tragedi macam ini, " tambah katak yang lain. 
Namun kedua dua ekor katak itu tetap berusaha naik ke atas dengan melompat. Masih gagal. Dari atas terus kedengaran suara suara yang hanya membunuh dan merobek robek harapan mereka. 
Setelah agak lama mencuba, salah seekor katak berputus asa. Badannya sakit sakit dan lenguh lenguh akibat melompat tidak berhenti henti. Tenaganya pula semakin lemah. Dia hanya mampu tersandar pada dinding perigi. Ditambah pula semangatnya lumpuh dek kata kata yang tidak memberangsangkan langsung dari atas. 
Tidak berapa lama kemudian dia pun mati. Mati katak. Kumpulan katak katak di atas hanya mampu melihat. 
Melihat rakannya telah mati, katak yang seekor lagi meneruskan usaha melompat. 
"Kamu tak nampak ke kawan kamu itu dah mati? Kamu pun nanti akan menyusul sama!" 
"Simpan saja tenaga kamu. Membazir je kamu melompat lompat." 
"Buat kali terakhir, kamu ingin makan apa? Kami akan bawakan." 
Begitulah pelbagai teriakan kedengaran dari atas. Namun katak itu tidak mempedulikannya. Dia terus melompat. Akhirnya seperti ada satu semangat baru, katak itu melompat begitu tinggi dan berjaya keluar. 
Takjub melihat apa yang berlaku, seekor katak menemuramahnya: "Kenapa kamu tetap melompat walaupun kami sudah menyuruh kamu menerima takdir yang kamu mungkin akan mati seperti kawan kamu?" 
"Sebenarnya telinga saya kurang dengar. Saya ingatkan kamu semua memberi semangat kepada saya untuk berusaha melompat. Saya lihat mulut kamu semua menjerit sesuatu, seolah olah memberi semangat kepada saya. Sebab itu saya terus berusaha, tidak mahu mengecewakan kamu semua." 

Pengajaran: You're what you think. Sometimes, tersalah sangka juga ada manfaatnya, terutamanya apabila kita menyangka niat seseorang yang jahat itu sebenarnya baik untuk kita, lalu kita mendapat manfaat daripadanya. Just be positive in whatever you do, then it will change everything :)

Love. 
Thasha Shoffri. 

4 comments:

lalalulu said...

aik kak..mcm plek je tjuk die, ENCIK KATAK.. ade ape2 ke??hehe :P

Cheethasha said...

opocots maiza!! Haha :D mana ada papelah dear, jangan macam macam tau ;)

lalalulu said...

opps!hehe..

Cheethasha said...

hehehe :D